Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Siri Tokoh Puisi
Siri Tokoh Puisi
Series · 7 books · 2022-2024
By
Muhammad Haji Salleh
,
Moechtar Awang
,
Rahimidin Zahari
, and more
Books in series
#1
Sudah Hampir Malam di Kyoto
2022
_Musim bunga turun dari bukit dan menegur kota. pohon bangun sakura pun senyum dan berasmara dengan cahaya. kumbang berdengung ke udara mabuk madu puspa._
Menjadi pengembara bermakna menjadi seorang pemerhati. Ibarat merenung permukaan tasik, kaulihat rupa dan ragam penghuninya: menghadam segala riaknya, sesekali cuba memahamkan kocaknya. Muhammad Haji Salleh membawa kau membonceng basikal—memperinci alam dan watak-watak pelbagai latar yang merentas benua dan arus waktu. Bau soyu dan tempura membertih musim, helai-helai hari penjual batik di pasar sibuk, atau wanita berambut biru asyik merias untuk kekasih yang tak kunjung tiba—segalanya terlihat jelas di deria. Kau telusuri perjalanan kegelisahan seorang mahasiswa kepada kematangan seorang pemikir yang memperhalusi kerencaman budaya serta tradisi. Naskhah ini mengumpulkan 81 puisi terbaik sempena ulang tahun kelapan puluh Sasterawan Negara ini, di samping transkripsi temu ramah istimewa seputar kepengarangan beliau dan sastera Malaysia. Hari sudah hampir malam. Mahukah kau pulang, atau teruskan kelana?
#2
Rahang Gelombang
2022
_Dan nanti kumpulkan segenap pusaka dari tujuh keturunan segenap mimpi dari tujuh fajar segenap zuriat dari tujuh kelamin dan akhirnya pasrah seluruh keluargamu ke dada jala_
Siapakah yang benar-benar mengerti tentang ketentuan? Bahawa daun hijau akan menggelepar ke perut bumi. Ikan yang dipesona dunia samudera akan menyerah diri ke dada pukat. Nelayan, petani dan penoreh masing-masing sedar—dalam resah-payahnya—bahawa sela raung gelombang, suara guruh di bumbung, dan cakaran kemarau tidak memungkinkan rezeki bertandang. Di tangan Moechtar Awang, segala di dalam puisi mengerti bahasa pasrah. Seru kalimatnya gelepar dengan nada taufan, tetapi tetap berdegup menyebut nama Tuhan. Naskhah ini, yang mengandungi 50 puisi terbaik beliau, wajib dibaca pencinta puisi—sekaligus menggilap semula mutiara nama Moechtar Awang dalam khazanah sastera tanah air untuk tatapan khalayak baharu.
#3
Lelaki Berambut Rumput
2022
bukankah di kebun itulah ayahmu menabur huruf kemudian Alif pun tertanam kejap dalam dirimu Segalanya terasa hijau di ubun-ubun.
Ingatan bertumbuh, menggamit matahari dengan redup udaranya, membangkitkan nostalgia kampung yang kita mungkin tak pernah ada. Tetapi kita ada di situ—di samping penyair santun Rahimidin Zahari—mengerjakan sebidang tanah kenangan, dari benih tradisi dan akar warisan, menyuburkan puisi-puisi dari lecah dan lumpur. Sebanyak 50 puisi terpilih beliau dikumpulkan dalam naskhah segar ini untuk terus dibaca oleh generasi berikutnya. Mari, kita rentas sungai usia bersama-samanya, memaknakan kehidupan dan kematian: dua desa bening yang tak berpenghujung.
#5
Tercipta dari Kala
2024
kita tak mendengar gerimis kecuali sibuk segala warna bersiap menyambut senja menyambut mimpi dulu yang tiba menguncup seperti segala bunga
Hidup ialah sebuah kembara panjang yang penuh rahsia, pertanyaan dan kekhuatiran. menjalaninya, kita temui jawapan untuk terus ke depan, tetapi daripada setiap pengalaman dan pertemuan, tercipta ribuan soalan baharu. Puisi-puisi Anwar Ridhwan bermula daripada kembara dan pertanyaan peribadi, tetapi ia lebih sering berakhir dengan pertanyaan yang lebih besar, sekali gus meninggalkan pembaca dalam diam yang lebih panjang.
#7
Pembaca Watak
2024
dia penghuni matang dunia mengarang kerjanya memerhati lalu-lalang dan membaca watak orang. watak bacaannya hidup dalam darahnya bagai ratusan patung wayang hidup subur di darah dalang
Pembaca Watak
menghimpun 60 puisi terbaik T. Alias Taib sepanjang penulisan beliau. Naskhah ini merupakan jelmaan kepada kegigihan T. Alias dalam menekuni dan mentafsir pelbagai warna kehidupan yang berlegar di persekitarannya. T. Alias Taib seorang perakam dengan mata ketiga, mata intuisi yang tajam – deria yang gemar meneroka dan menerka. Watak-watak di sekelilingnya ibarat silang kata yang sarat cerita dan curiga. Dengan kata dan metafora, beliau menjelmakan semula pengalaman dengan emosi dan puisi.
#8
Perempuan Pelabuhan
2024
_Di pangkalan itu aku berpesan berhati-hati anakku pilihlah pelabuhan terbaik perahumu hanya satu layarmu jangan tercarik aku berdiri di pangkalan dan berpesan lautan adalah pengajaran_
Pelabuhan ialah titik mula sebuah keberangkatan, juga persingggahan untuk merawat dan menimba bekalan. Begitulah lautan sentiasa menguji hidup dengan gelombang dan ketakutan. Naskhah ini mengungkapkan 55 puisi ikonik Zurinah Hassan tentang perjalanan dan suara batinnya sebagai seorang perempuan yang membantah stereotaip zaman. Cinta dan kerinduannya sesekali diperangkap oleh protes dan kekesalan. Perempuan Pelabuhan ialah kejujuran emosi seorang wanita yang melihat setiap pertemuan sebagai pelabuhan yang memaknakan pengalaman sebuah pelayaran.
#9
Sebuah Cinta Semakin Ungu
2024
_Waktu yang luka mengajarkan keinginan seorang perempuan mewarnai gerhana maya langitnya membungai kebenaran_
Sinonim dengan imej pelarian, puisi-puisi Zaihasra memaparkan watak manusia yang resah dan polos menjelang peralihan riwayatnya dari bendang desa ke kota kaca; juga dari seorang gadis naif menjadi wanita dewasa. Berdepan luka dan batu kota yang serba rancu, pengalaman itu menajamkan naluri keperempuanannya sekaligus mencipta batin dan emosi yang serba bergelora dan berkaca. Sebuah Cinta Semakin Ungu menghimpunkan 47 puisi pilihan Zaihasra selaku figura penting angkatan penyair wanita dekad 70 dan 80-an.
Authors
Muhammad Haji Salleh
Author · 4 books
Moechtar Awang
Author · 2 books
Rahimidin Zahari
Author · 6 books
Anwar Ridhwan
Author · 9 books
T. Alias Taib
Author · 4 books
Zurinah Hassan
Author · 7 books
Zaihasra
Author · 1 book