Margins
Penunggu Pulau Salik book cover
Penunggu Pulau Salik
2025
First Published
4.13
Average Rating
271
Number of Pages

“Iman, kau tak rasa ke pulau ni lain macam? Semua tempat ada hiasan kepala kambing. Masjid pulak usang macam dah lama tak ada orang guna. Matahari pulau ni pun… kelam semacam.” Bagi staf Zoo Kuala Lumpur, percutian mereka ke Pulau Salik hanyalah sekadar untuk merehatkan minda setelah penat menjaga beruang, flamingo, gajah dan kuda belang. Siapa sangka, penduduk pulau itu ada rancangan gelap buat mereka berlima. “Babaghori Babaghori! Datang dari Varanasi! Dicerca dihalau pengikut sendiri! Datang ke sini membantu kami!” Di sebuah perigi buruk di tengah Pulau Salik, sekalian penduduk kampung menghabiskan malam mereka memuja seekor saka bertanduk dua: Sang Babaghori nan perkasa, yang selama ini melindungi pulau itu dari bencana. Namun tiga ratus tahun telah berlalu. Babaghori sudah tidak mahu kekal di periginya. Ia mahukan pengganti. Dan nasib lima sekawan bernama Iman, Dayana, Bobby, Erni dan Josh dari Zoo Kuala Lumpur itu bakal porak peranda kerananya. Penunggu Pulau Salik merupakan sebuah kisah seram. Sebuah kisah tentang korban dan pemujaan. Namun ia juga sebuah kisah cinta, persahabatan, trauma silam, dan pentingnya sebuah keikhlasan.

Avg Rating
4.13
Number of Ratings
15
5 STARS
33%
4 STARS
47%
3 STARS
20%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Ilham Mazalan
Ilham Mazalan
Author · 6 books
An author who wants to write about everything
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved