Margins
2016
First Published
4.42
Average Rating
496
Number of Pages

“Ya Allah ya Tuhanku, Dialah suami yang dijodohkan kepadaku. Barangkali dia tidak tahu atau kejahilannya membuatkan dia berkata begitu. “Wahai Tuhan, jangan sampai kejahilannya mengheret sama diriku dan zuriat keturunanku ke neraka-Mu. Berilah taufik dan hidayah kepada suamiku. Biar dia menjadi pemimpin besar lagi mulia di sisi-Mu. Terangi hatinya dan bukalah segala hijab yang menutup kegelapan. “Wahai Tuhan ... perkenankanlah. Barangkali bukan hari ini, bukan esok atau sebulan dua. Namun, daku redha dengan ketetapan-Mu terhadapku. Daku tetap sabar menunggu, dengan izin-Mu.” Keseluruhan kehidupan umpama cebisan perca dengan pelbagai corak dan warna. Ada warna ceria, gemilang, kabur, terang, muram dan pudar lagi hambar. Perca-perca ini kisah yang melekat di hati sanubari. Keseluruhan kehidupan umpama cebisan perca dengan pelbagai corak dan warna. Ada warna ceria, gemilang, kabur, terang, muram dan pudar lagi hambar. Cebisan kecil itu kelihatan tidak berguna. Namun jika dikumpulkan, dijahit lalu dicantumkan cebisan demi cebisan ... ia menjadi selembar hamparan bermanfaat. Sehelai gebar memanaskan tubuh kedinginan pada malam hari. Adakalanya ia menjadi bidai atau tabir pembahagi ruang. Hasilnya menakjubkan. Sebesar mana ukuran bergantung kepada jumlah cantuman perca-perca. Ada bersaiz besar, sederhana malah ada yang hanya sebesar alas kaki sahaja. Allahu Akbar! Lembaran itulah nanti bakal dibentangkan di hadapan Mahkamah Allah – Al-‘Adil – Yang Maha Adil bagi menilai setiap inci hasil kerja. Marilah kita terus berfikir, sekecil mana peristiwa kehidupan yang dihadapi oleh manusia, ia tetap milik Allah SWT. Kita hanyalah insan kerdil yang pasti menghadap-Nya lalu kekal selamanya di negeri abadi.

Avg Rating
4.42
Number of Ratings
26
5 STARS
58%
4 STARS
35%
3 STARS
4%
2 STARS
0%
1 STARS
4%
goodreads

Author

Raudzah ''Roza'' Roslan
Raudzah ''Roza'' Roslan
Author · 12 books

Roza Roslan atau nama sebenar beliau Raudzah Roslan adalah mantan pensyarah di Universiti Teknologi MARA. Beliau kini bertugas di Universiti Taibah, Madinah. Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Jementah, Segamat, Johor. Beliau berkelulusan Diploma Perbankan UiTM Terengganu, BBA (Hons) Pengurusan Sumber Manusia UiTM Shah Alam dan seterusnya M.A Pentadbiran Bisnes di universiti yang sama. Beliau juga adalah isteri kepada penulis bestseller Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Kisah beliau banyak termuat di dalam karya suaminya yang banyak menceritakan pengorbanan dan sokongan beliau dalam menjalani hidup beragama.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved