Margins
Perempuan Paling Bahagia book cover
Perempuan Paling Bahagia
2016
First Published
4.14
Average Rating
781
Number of Pages

Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia. Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam. Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa. "Baby Rayyan? Encik letak nama dia, Rayyan?" –ARISSA "Kenapa? Awak nak letak nama dia apa?"-RAFA "Rosyam Nor." -ARISSA Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissalah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu. “Dia berikan saya peluang untuk bahagia. Apa salahnya, saya berikan dia peluang untuk bahagia juga? Saya tak ada sesiapa, begitu juga Rayyan. Kita orang hanya ada satu sama lain saja, pak encik.” – ARISSA Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat... Kebal. “Errr... Neng. Jari tu, tak baik dibiarkan kosong lama-lama. Orang tua-tua kata, kalau jari tu dibiarkan kosong, nanti masuk angin. Orang tua-tualah yang kata, saya tolong sampaikan saja. Baik pakai sekarang.” - RAFA Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.

Avg Rating
4.14
Number of Ratings
254
5 STARS
43%
4 STARS
37%
3 STARS
14%
2 STARS
2%
1 STARS
4%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved
Perempuan Paling Bahagia