Margins
Planet-Planet Cinta book cover
Planet-Planet Cinta
2010
First Published
4.20
Average Rating
477
Number of Pages

Novel ini mengisahkan tentang seorang puteri kerajaan Jupiter yang bernama Puteri Elara. Beliau adalah bakal pengganti dan pewaris takhta kerajaan Jupiter pimpinan bondanya Ratu Zeux dan ayahandanya, Raja Thytyus. Bagaimanapun, satu keanehan telah berlaku di Planet Jupiter. Salji turun lebih awal sehingga bahan kajiannya, Atta colombica telah mati. Namun yang mati itu menjadi permulaan yang lain. Hadirnya Prof Ananke dari Bumi untuk membantunya menyelidik kematian spesis itu telah merubah dan memulakan satu pengalaman hidup yang tidak pernah diduga. Kerana cinta, dia mengembara. Namun takdir menentukan yang lain, pesawatnya Juniker 90 yang membawanya ke Bumi telah hilang daripada radar. Puteri Elara terdampar di sebuah planet beracun yang bernama Planet Tas-as-raum. Kehilangannya ditangisi rakyat Jupiter namun ada dua orang insan yang terus mencari dan mengharapkan kepulangannya. Putera Adrastea dan Prof. Ananke. Bagaimanakah kesudahan nasib Puteri Elara? Siapakah yang memiliki jasadnya dan siapakah yang memiliki hatinya...

Avg Rating
4.20
Number of Ratings
20
5 STARS
55%
4 STARS
15%
3 STARS
25%
2 STARS
5%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Maria Kajiwa
Author · 20 books
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved