Margins
Pujuklah Hati book cover 1
Pujuklah Hati book cover 2
Pujuklah Hati book cover 3
Pujuklah Hati
Series · 5 books · 2016-2019

Books in series

Be Strong book cover
#3

Be Strong

2016

Kau gagal, Allah hantar bantuan. Kau luka, Allah sembuhkan. Kau takut apa kalau kau ada Tuhan? Buku BE STRONG ini merupakan pengumpulan pesanan-pesanan yang dirungkaikan dalam bentuk puisi, petikan dan monolog. Menggunakan pendekatan yang digunakan di dalam al-Quran yang banyak mengulang perkara yang sama pada ayat dan surah yang berbeza, penulis juga sebenarnya banyak mengulang-ulang corak pemikiran yang sama. Bentuk dan bahasanya sahaja yang berbeza. Beginilah cara penulis melatih tubi pemikiran pembaca untuk berfikir dengan corak yang sepatutnya. Sungguh, cara berfikir yang betul akan membantu kita untuk sentiasa tenang dan kuat biar apa pun dugaan yang datang. Ujian demi ujian akan terus singgah di dalam hidup kita tanpa henti. Ia suatu janji. Kalau yang kita cari adalah ketenangan, maka kita tiada pilihan. Belajarlah mengalah dan akur sahaja kepada semua takdir Allah. Maka insya-Allah, biar sehebat mana gelombang yang datang, kita masih mampu bertenang-tenang. Selamat membaca Be Strong dengan doa daripada penulis agar sedikit perkongsian ini berjaya dihadam, seterusnya membawa anda ke suatu zon kehidupan yang bernama ketenangan. Insya-Allah.
Bangkit book cover
#4

Bangkit

Pujuklah Hati #4

2017

“Hidup ini perlu kuat, kawan! Sebesar apa pun ujian, harus percaya Tuhan ada dan tidak pernah tinggalkan kita!” Buku Bangkit: Pujuklah Hati 4 ini padat dengan kisah-kisah harian yang berlaku di sekeliling kita. Kadang kala apa yang berlaku, kita merasakan begitu tertekan tanpa menyedari pasti ada hikmah di sebalik setiap ujian itu. Justeru, buku ini memberi motivasi dan panduan dalam menangani masalah yang dihadapi dengan membuatkan kita melihat hikmah di sebalik ujian itu. Dalam masa yang sama membuatkan kita yakin dengan pergantungan hanya kepada Allah SWT.
Throwback book cover
#5

Throwback

Pujuklah Hati #5

2017

Kata orang … “Jangan pandang belakang.” Betul tu. Saya setuju! What past is past. Yelah … Buat apa nak fikir tentang perkara yang sudah lepas. Jalan terus! Fokus masa depan lagi bagus! Tapi kemudian saya sedar satu perkara. Jika diibaratkan hidup ini seperti memandu kereta, kita tetap memerlukan back mirror dan side mirrors. Untuk apa? Untuk pandang belakang. Untuk kita jeling sesekali. Kadang untuk mengawasi situasi. Kadang sekadar untuk menyedapkan hati. Demikian hidup ini. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita tidak pernah sia-sia. Tetap ada gunanya. Ya … sekalipun perkara itu pernah melukakan hati kita. Sekalipun ia pernah menjebakkan kita dengan dosa. Masih ada yang boleh kita belajar daripadanya!
Stay Strong book cover
#6

Stay Strong

Pujuklah Hati #6

2019

Apa khabar jiwa kita hari ini? Sudahkah berpuas hati dengan apa yang ada? Sudahkah berasa cukup apa adanya? Kalau masih belum, seharusnya engkau mula terus mendaki dan mendaki. Berusaha untuk menjadi lebih baik lagi. Kalau rasa sudah pun berada di zon selesa, seharusnya engkau mula risau. Jenguk hatimu. Apa yang engkau temui di situ? Adakah seputar cerita tentang engkau, engkau dan engkau? Gaji engkau sudah cukup, kerja engkau sudah bagus, rumah engkau sudah mewah, kereta engkau sudah selesa, jiran engkau sudah baik, itu sudah cukup? Engkau lupa tuntutan utama hidupmu sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi Allah? Ingatlah, selagi engkau bernafas, inilah tugas yang harus engkau galas tanpa sedikit pun rasa mahu bermalas-malas!
Pujuklah Hati book cover
#7

Pujuklah Hati

Edisi Istimewa

2019

Bermula dengan buku PUJUKLAH HATI sebagai naskhah buku motivasi pertama saya, ternyata ia telah pun berjaya mencuri hati pembaca dan mendapat sambutan luar biasa. Sesudah itu, terus timbul permintaan pembaca agar penulis menyambungnya. Maka muncul BE COOL - Pujuklah Hati 2. Kemudian BE STRONG - Pujuklah Hati 3 dan seterusnya. Buku-buku ini bukan sekadar menghiasi carta-carta bestseller, bahkan memenangi Anugerah Pilihan Pembaca! Benar, coretan yang sudah ditulis bertahun-tahun lamanya ini sudah diulang cetak berulang kali dan masih terus mendapat permintaan masyarakat hingga ke hari ini. Justeru, meraikan fenomena siri buku Pujuklah Hati sebagai salah satu catatan motivasi terlaris di Malaysia, penulis akur apabila tiga buah buku terawal di dalam siri ini mahu disatukan dan dibukukan kembali. Kali ini, penampilannya diberi suntikan yang lebih segar agar pengisiannya juga terus malar segar. (NOTA: Buku ini adalah terbitan eksklusif untuk Popular sahaja. Oleh kerana itu, buku ini hanya boleh didapati di rangkaian kedai Popular sahaja)

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved