Cerpen-cerpen dalam antologi Rapsodi ini pada keseluruhannya agak berbeza daripada cerpen-cerpen konvensional jika dibandingkan aspek komposisinya, ungkapan, serta cara penulisnya melihat dan mengolah persoalan. Pembaca tidak mungkin menyusuri hukum sebab-akibat dengan jelas kerana ia tidak mengikut skema yang lazim. Cerita diungkapkan sebagai "percikan-percikan" kehidupan yang berpencar-pencar; agak abstrak dan dalam jalinan bahasa yang ambiguiti.