Margins
Ratap Rabitah book cover
Ratap Rabitah
2012
First Published
3.54
Average Rating
392
Number of Pages

"Aku tidak akan mencarimu lagi, Tiram. Barangkali, kita tidak akan bertemu sehingga aku mati. Begitu Tuhan meniupkan takdir-Nya. Aku tidak pernah berjanji untuk mencintaimu seumur hidup. Tetapi aku akan tetap mencintai keturunanku, hingga ke akhir hayat. Maafkan aku, Tiram; kalau saat ini menjadi saat yang terakhir aku dibenarkan mencintaimu, aku tidak akan membantah kehendak Tuhan." Diakah yang tidak pandai mewariskan cinta? Apakah ini bakal menjadi generasi terakhir sebuah keturunan yang mulia? Sepenuh jiwa, dia pertahankan segala cinta dengan nyawa, dengan semangat, dengan doa dan dengan apa sahaja yang boleh dicagarkan dengan dirinya. Dia masih punya mata untuk meratap dan masih punya hati untuk berhiba. Dialah seorang Rabitah yang meratap dengan jiwa dan cinta-menanti doa-doanya termakbul.

Avg Rating
3.54
Number of Ratings
13
5 STARS
15%
4 STARS
31%
3 STARS
46%
2 STARS
8%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Aminah Mokhtar
Aminah Mokhtar
Author · 14 books

Lahir pada 4 Oktober 1959, di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah, di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di peringkat STPM, beliau ditawarkan sebagai Jururawat Pelatih. Kemudian beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga memperoleh Diploma Sains Kejururawatan. Kini beliau sebagai Jururawat Terlatih di Wad Bersalin, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Pencapaian dan sumbangan Aminah Mokhtar dalam memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu mewajarkan beliau menerima pelbagai hadiah sayembara. Antaranya, ialah : - Tempat kedua Sayembara VII Esso-Gapena 1988, - Hadiah Cerpen Perpaduan 1995 (Kategori Cerpen - "Semarak"), - Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1998 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"), - Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1999 (kategori cerpen - "Gerhana Manusia"), - Anugerah Sri Angkasa - RTM 1999 (Drama Radio Terbaik - "Zulaikha Fitri"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Novel - "Diari Jururawat"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Drama Radio - "Sungai") - Anugerah Kreatif PPUM 1999 (Sri Karyawan), - Anugerah Formula Malaysia 2000 (Tempat Kedua, kategori Cerpen - "Keberangkatan ke Bintang"), - Anugerah Sastera Perdana (Cerpen Eceran - "Gerhana Manusia"), - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori cerpen - "Ya Allah Dia Menangis"), - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori Puisi - "Jangan Sampai Kita Hilang Kota"), - Anugerah Sri Angkasa - RTM 2001 (Skrip Drama Radio Terbaik - "Merah Ramadan di Baitul Muqqadis), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 - (Kategori Puisi "Yang Bernama Hati"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 (Drama radio - Tetamu Allah) dan Hadiah Sako Ke - 3 (Novel - "Iman Markisa"), - Hadiah Sastera Utusan Exxon-Mobil 2002 (Kategori cerpen, tiga hadiah penghargaan "Erti Cinta Dr. Marianah", "Ahmad Muhammad" dan Kategori puisi - "Kolek Bonda"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2002 (Kategori Novel Dewasa - Iman Markisa", Kategori Drama Radio - Merah Ramadan di Baitulmaqqdis) dan Peraduan Menulis Novel Alaf Baru 2001 dalam novelnya Dominasi Tebrau yang memenangi tempat pertama menggondol RM30,000. sumber : http://www.ujanailmu.com.my/cat_amina...

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved