Margins
Razali Endun profile picture
Razali Endun
Author · 3 books

Hj Razali Bin Endun dilahirkan di Kg Bertam Malim, Melaka, pada 7 Mac 1942. Mendapat pendidikan sehingga SPM di Melaka, kemudian berhijrah ke ibukota. Mula menulis cerpen pada awal tahun 60-an, disusuli dengan tulisan rencana dan berita sehingga pertengahan tahun 1970, apabila beliau berhenti menulis kerana masalah peribadi. Cerpen pertamanya tersiar dalam majalah Utusan Filem & Sports. Karyanya juga pernah disiarkan dalam akhbar Warta Negara, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu/Zaman, Berita Harian/Minggu. Bergiat semula dalam arena penulisan pada tahun 1998 setelah kemelut politik yang tidak keruan melanda negara. Peristiwa itu telah mengejutkan daya sensitivitinya lalu terus berkarya semula. Karya-karyanya berupa cerpen dan rencana, disiarkan dalam akhbar Harakah, Utusan/Mingguan Malaysia, Berita Harian/Minggu, majalah Muslimah, Tamadun, Konsep, Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera. Pernah menjadi Pengarang majalah Tamadun dari Julai 1999 hingga Jun 2000. Berhenti selepas itu kerana masalah kesihatan. Kini beliau masih terus menulis secara bebas di semua media cetak yang sudi menyiarkan tulisannya. Beberapa novel juga berjaya beliau tulis.

Books

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved