Margins
Tawarikh Ibu book cover
Tawarikh Ibu
2013
First Published
2.50
Average Rating
288
Number of Pages

Setiap langkah perjuangan mendambakan pengorbanan. Menuntut kemerdekaan tanah air adalah perjuangan yang panjang. Tawarikh Ibu menyingkap jejak juang seorang tokoh pendidikan yang juga tokoh kemerdekaan. Pemilik nama Zainun bte Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain telah mengangkat legasi yang mesti dipelihara oleh generasi kini. Beliau menempuhi pelbagai sudut cabaran untuk menjulang Malaya ke puncak kemerdekaan. Tawarikh Ibu membawa pembaca ke dunia perjuangan Ibu Zain. Tawarikh Ibu disampaikan dalam rentetan kisah yang terpelihara melalui cucunda Ibu Zain, Nadia - seorang wartawan yang bertugas di luar negara. Memenuhi tuntutan kerjaya, Nadia meniti setiap peristiwa sejarah nendanya dengan rinci. Paling utama Nadia mencari misteri, mengapa majikannya Mr. Thomas Cook bersungguh-sungguh mahu mengenali Ibu Zain? Di luar makluman Mr. Thomas Cook, Nadia merahsiakan statusnya yang merupakan cucunda Ibu Zain. Seusai memperolehi semua jawapan, Nadia dikejutkan dengan sebuah berita...

Avg Rating
2.50
Number of Ratings
4
5 STARS
0%
4 STARS
0%
3 STARS
50%
2 STARS
50%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Razali Endun
Razali Endun
Author · 3 books

Hj Razali Bin Endun dilahirkan di Kg Bertam Malim, Melaka, pada 7 Mac 1942. Mendapat pendidikan sehingga SPM di Melaka, kemudian berhijrah ke ibukota. Mula menulis cerpen pada awal tahun 60-an, disusuli dengan tulisan rencana dan berita sehingga pertengahan tahun 1970, apabila beliau berhenti menulis kerana masalah peribadi. Cerpen pertamanya tersiar dalam majalah Utusan Filem & Sports. Karyanya juga pernah disiarkan dalam akhbar Warta Negara, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu/Zaman, Berita Harian/Minggu. Bergiat semula dalam arena penulisan pada tahun 1998 setelah kemelut politik yang tidak keruan melanda negara. Peristiwa itu telah mengejutkan daya sensitivitinya lalu terus berkarya semula. Karya-karyanya berupa cerpen dan rencana, disiarkan dalam akhbar Harakah, Utusan/Mingguan Malaysia, Berita Harian/Minggu, majalah Muslimah, Tamadun, Konsep, Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera. Pernah menjadi Pengarang majalah Tamadun dari Julai 1999 hingga Jun 2000. Berhenti selepas itu kerana masalah kesihatan. Kini beliau masih terus menulis secara bebas di semua media cetak yang sudi menyiarkan tulisannya. Beberapa novel juga berjaya beliau tulis.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved