
Sebuah antologi yang menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, iaitu ; 9 buah cerpen, 9 buah puisi, dan dua rencana sastera. Karya-karya tersebut merupakan cetusan dairpada gabungan penulis-penulis generasi baharu dan mapan. Karya-karya dalam antologi ini memperlihatkan keberanian penulis generasi baharu meneroka dan memugar persoalan besar serta kompleks dengan pandangan sejagat dan berideologi. Pengarang juga bijak mengeksploitasi isu semasa seperti peminggiran identiti nasional termasuklah bahasa, sosiobudaya, ekonomi dan politik dengan langgam bahasa yang ekspresif. Karya-karya dalam antologi ini dipersembahkan secara berseni, mencuit naluri dan merangsang penaakulan pembaca. "Res Judicata: yang dipilih menjuduli antologi ini menghantar mesej perundangan yang disampaikan dengan teknik pengolahan yang segar dan pengisian mesej yang bercorak egalitarian - memperjuangkan keadilan bagi masyarakat. Laporan Panel Penilai Kategori Cerpen, Puisi serta Kajian dan Rencana Sastera dan Cerpen Senarai Cerpen 1 Benarlah Kata Angin Itu, dan Saya Menerushan Perjalanan - Mawar Shafei 2 Emas Jadi Batu Padi Jadi Pasir - Zaharah Nawawi 3 Harimau Musim Rontoh Foochow - Rahimah Muda 4 Jantung Jentayu di Kampung Sawah - S. M. Zakir 5 Kaduk, Ayam dan Raja - Zurinah Hassan 6 Orang Budiman dan Negeri Seribu Gunung - Mohd Lutfi Ishak 7 Pesta Tarik Tali di Musim Gugur - Aminah Mokhtar 8 Res Judicata - Aidil Khalid 9 Telaga di Puncak Gunung - Muhammad Ali Atan Senarai Puisi 1 Aku Ingin Melukis Cantik Negeri -Shahrunizam A. Talib 2 Ingatan kepada Kawan - Zaen Kasturi 3 Kemboja - S. M. Zakir 4 Orang Dagang - Lutfi Ishak 5 Pantul - Mohamad Hafiz Abdul Latif 6 Penyair, Cinta dan Sebuah Masjid - Ghazali Lateh 7 Pertanyaan Berkaca - Amirul Fakir 8 Posmen dan Bahasa - Marjan S 9 Sebilah Pedang di Dada Rom - Fahd Radzy Kajian & Rencana Sastera Estetika Alam Sekitar dalam Puisi - Amida Abdul Hamid Sindrom Mediocrity dalam Sastera - S. M. Zakir -sumber: http://www.ujanailmu.com.my/pd-res-ju... Penyelenggara : Rozlan Mohamed Noor & Wan Faizahtul Hilir Yasak
Authors

S.M. Zakir nama penuhnya Syed Mohd Zakir bin Syed Othman dilahirkan pada 4 Februari 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Dibesarkan di Pulau Pinang dan Selangor. Kini menetap di Selangor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Kota Bharu, Kelantan hingga darjah empat; Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang; seterusnya ke sekolah menengah Penang Free School, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi dan menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA dan Institute of Commercial Management, Bournemouth, England. Mula menulis pada tahun 1990 dan sehingga sekarang telah menerima puluhan anugerah sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana kategori kumpulan cerpen 1994/95 (Merengkuh Langit, DBP 1995) dan Anugerah Sastera Kelantan kategori Buku Kumpulan Cerpen (Sekuntum Kembang di Sayap Jibril, PPN 2001). Antara anugerah sastera tersebut ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil, Hadiah Sastera DBP-Maybank, Hadiah Sastera 100 tahun Kuala Lumpur DBP-DBKL, Hadiah Formula Malaysia dan Anugerah Sastera Negeri Kelantan. Pernah dihantar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai peserta ke ASEAN Youth Writer’s Conference/Workshop di Bayview Hotel. Pulau Pinang, Disember 1992 dan Bengkel Cerpen MASTERA di Bogor, Indonesia 11-17 Oktober 1998. Bidang penulisan yang diceburi ialah cerpen, esei, sajak dan novel yang antaranya disiarkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, Bahasa, Dewan Siswa, Jurnal Perisa, Jurnal Malay Literature, Jurnal Pangsura, Milenia Muslim, Pentas, akhbar Berita Minggu, Berita Harian, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan pelbagai akhbar serta majalah lagi. Buku-buku yang diterbitkan ialah novel remaja Di Bawah Lembayung (DBP. 1991), novel klasik Kembang Kanigara (DBP. 1992), kumpulan cerpen Merengkuh Langit (DBP. 1995), kumpulan cerpen-mini Fatamorgana (Sasbadi. 1997), kumpulan cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril (Penerbitan Pustaka Nusa. 2001), kumpulan cerpen Menyirat Nirmala (DBP. 2004), kumpulan cerpen Sekeping Ruh di Atas Bantal (PPN2005), kumpulan sajak Memburu Malaikat (PPN 2007), kumpulan sajak Sajak-sajak Petualang: Manusia Cinta (PPN, 2009) dan sebuah buku biografi edisi mewah iaitu Seniman Negara ke-7 Datuk (Dr) Ahmad Nawab (JKKN. 2008). (Sumber: http://www.suaramalaysia.net/index.ph...)

Datuk Dr. Zurinah Hassan is National Literary Laureate of Malaysia. She is the 13th writer and the first female writer to be conferred the tittle of Sasterawan Negara at a ceremony held on 26th of April 2016. The award is the highest award given to a writer in Malaysia. Prior to this Zurinah Hassan had received Southeast Asian Writers Award (SEA Write Award in 2004 and Sunthorn Phu Poets Award, 2013.

ZAHARAH NAWAWI anak kelahiran Kampung Parit Jawa, Mukim Empat, Batu Pahat Johor (5 Mei 1940) membesar dan memungut pengalaman di luar kampung halaman. Mulai mengasah bakat di bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan semenjak itu tidak pernah berhenti menulis sehingga kini. Pencapaian tertinggi yang diraih hasil penat lelah menulis ialah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada September 1996 di Bangkok, Thailand. Dan Hadiah Karyawan Sastera Johor, Hadiah Sastera Johor Darul Ta’zim (1999). Dari 1997 hingga 1998, Zaharah menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menyiapkan buku proses kreatifnya berjudul Merentas Laluan. Pernah berkhidmat di Utusan Melayu sebagai wartawan di Mingguan Malaysia dan Anggota Sidang Pengarang majalah WANITA—dari 1968 hingga 1976. Jawatan terakhir Zaharah di Utusan ialah sebagai Ketua Redaksi majalah MASTIKA dari 1975-1976. Setelah meninggalkan Kumpulan Utusan, Zaharah berkhidmat pula di Berita Publishing, (anak syarikat Kumpulan The New Straits Times) dari 1976 hingga 1985. Jawatan terakhirnya di sana ialah sebagai Editor Umum Penerbitan Berbahasa Malaysia (Editor General Bahasa Publications) yang merangkumi semua penerbitan majalah serta buku berbahasa Melayu di Berita Publishing. Dari 1985 hingga 1986 Zaharah menjadi Editor Urusan di Pustaka Cipta Sdn. Bhd. Zaharah meninggalkan Pustaka Cipta setelah mendapat Dana DERMA CIPTA Dewan dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penyelidikan tentang perjuangan Panglima Salleh Selempang Merah yang mengetuai orang kampung membenteras kegiatan dan kezaliman komunis Bintang Tiga dalam tahun 1945 di Batu Pahat, yang kemudian ditulis dalam bentuk novel menggunakan judul Panglima Salleh Selempang Merah. Pada 1988, Zaharah menerima pelawaan Pakar Sakit Puan terulung, Dr. Hamid Arshad yang waktu itu menjadi Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk menjadi editor majalah Timang keluaran LPPKN. Zaharah berkhidmat di badan berkanun tersebut sehingga 1995, apabila beliau memilih untuk menjadi penulis sepenuh masa. Zaharah menulis novel terpanjang di Malaysia (1351 halaman) berjudul Anugerah (1995), mengenai sejarah perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union dan seterusnya menuntut kemerdekaan. Para pengkaji menyifatkan Anugerah bukan sekadar sebuah novel sejarah, tetapi juga novel politik dan femenisme iaitu tiga dalam satu. Novel ini berakhir dengan perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Setakat ini belum ada novel lain berjaya memecahkan rekod Anugerah terbitan DBP itu. Novel Anugerah jugalah yang membawakan tuah kepada penganugerahan Sea Write Arawd di Bangkok Thailand. Di samping itu Anugerah juga sudah beberapa kali diteaterkan. Beberapa tokoh sastera mengakui novel Anugerah sebagai maha karya Zaharah Nawawi. Dari 1997 hingga 1998, Zaharah menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menyiapkan buku proses kreatifnya berjudul Merentas Laluan. Semenjak 1989 menerusi cerpen Suara Ombak (Dewan Budaya) dan Emak Tak Marah Lagi, (Mingguan Malaysia) beliau banyak memenangi hadiah. Terakhir beliau memenangi hadiah utama Hadiah Sastera Darul Ta’zim V menerusi kumpulan puisi Warna dan Wajah, dan cerpen Suara yang sarat dengan makna yang tersirat. Dengan cita-cita mahu melatih penulis pelapis supaya menjadi penulis yang benar-bernar berwibawa, mulai 1993 Zaharah mengadakan bengkel-bengkel penulisan meliputi beberapa genre, termasuk novel, cerpen, puisi, kritikan, drama radio, bahasa, undang-undang dan rencana. Pada November 1997, Zaharah menubuhkan kelab penulisannya sendiri dengan nama KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) yang ahlinya terdiri daripada penulis/peserta yang pernah mengikuti bengkel-bengkelnya. Dengan itu tercatatlah dalam sejarah kesusasteraan dan penulisan negara bahawa Zaharah Nawawi adalah satu-satunya penulis/sasterawan yang berdikari melatih penulis pelapis tanpa dinaungi mana-mana pihak. Dan

Zaen Kasturi merupakan seorang penulis prolifik yang banyak menghasilkan karya sastera dalam pelbagai genre namun kecenderungannya lebih kepada penciptaan puisi. Penglibatan beliau dalam dunia penulisan sastera bermula sekitar tahun 1980-an dan merupakan penulis generasi baharu yang berani bereksperimen dengan teknik penulisannya. Beliau mempunyai corak atau gaya penulisan tersendiri dalam menyalurkan permikirannya dalam karya sastera dan terikat dengan gaya konvensional. Gaya inilah yang membentuk identiti bagi setiap karyanya. Karyanya yang unik memaksa khalayak mengerahkan minda mereka untuk mentafsir makna tersirat disebalik setiap paparan kata-kata yang digunakan. Dalam Laporan Panel Hadiah Sastera Malaysia 1992/1993, Zaen disifatkan mempunyai ciri kepengarangan yang khusus, dengan nilai-nilai keinsanannya yang berbeza dengan pengarang-pengarang yang lain, akan tetapi perspektif yang dipilihnya melalui jalan filosofikal, mencabar gerak fikiran realisme untuk meneroka ke dalam dimensi perjuangan hidup, simbolisme, keagamaan, konsep diri, sufisme, antarteks dan aliran seni garis-garis dan warna seni lukis (Lim Swee Tin, 2011: 27). " Memang. Bahasa Zaen memang kuat. Daya imaginasi Zaen tinggi. Dan Zaen sememangnya seorang seniman. Zaen seorang pelukis yang boleh menghasilkan pendapatan daripada lukisan-lukisan potret ketika bergelumang di Pasar Seni. Zaen juga mahir dalam muzik, bermain gitar. Suara Zaen juga sedap bila membaca puisi. Garau dan jantan, yang memikat. Memang ramai gadis terpikat dengan Zaen yang semulajadinya kacak, tetapi masalahnya Zaen terlalu pendiam. Dalam pada itu Zaen adalah atlit yang cukup aktif. Zaen mewakili pasukan bolasepak negeri Melaka pada era 80-an dan juga terlibat aktif dalam sukan lain... " (S.M. Zakir)

Lahir pada 4 Oktober 1959, di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah, di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di peringkat STPM, beliau ditawarkan sebagai Jururawat Pelatih. Kemudian beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga memperoleh Diploma Sains Kejururawatan. Kini beliau sebagai Jururawat Terlatih di Wad Bersalin, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Pencapaian dan sumbangan Aminah Mokhtar dalam memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu mewajarkan beliau menerima pelbagai hadiah sayembara. Antaranya, ialah : - Tempat kedua Sayembara VII Esso-Gapena 1988, - Hadiah Cerpen Perpaduan 1995 (Kategori Cerpen - "Semarak"), - Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1998 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"), - Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1999 (kategori cerpen - "Gerhana Manusia"), - Anugerah Sri Angkasa - RTM 1999 (Drama Radio Terbaik - "Zulaikha Fitri"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Novel - "Diari Jururawat"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Drama Radio - "Sungai") - Anugerah Kreatif PPUM 1999 (Sri Karyawan), - Anugerah Formula Malaysia 2000 (Tempat Kedua, kategori Cerpen - "Keberangkatan ke Bintang"), - Anugerah Sastera Perdana (Cerpen Eceran - "Gerhana Manusia"), - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori cerpen - "Ya Allah Dia Menangis"), - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori Puisi - "Jangan Sampai Kita Hilang Kota"), - Anugerah Sri Angkasa - RTM 2001 (Skrip Drama Radio Terbaik - "Merah Ramadan di Baitul Muqqadis), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 - (Kategori Puisi "Yang Bernama Hati"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 (Drama radio - Tetamu Allah) dan Hadiah Sako Ke - 3 (Novel - "Iman Markisa"), - Hadiah Sastera Utusan Exxon-Mobil 2002 (Kategori cerpen, tiga hadiah penghargaan "Erti Cinta Dr. Marianah", "Ahmad Muhammad" dan Kategori puisi - "Kolek Bonda"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2002 (Kategori Novel Dewasa - Iman Markisa", Kategori Drama Radio - Merah Ramadan di Baitulmaqqdis) dan Peraduan Menulis Novel Alaf Baru 2001 dalam novelnya Dominasi Tebrau yang memenangi tempat pertama menggondol RM30,000. sumber : http://www.ujanailmu.com.my/cat_amina...