Margins
Riduan Judin profile picture
Riduan Judin
Author · 1 book

Riduan Judin dilahirkan pada 10 September 1992. Beliau merupakan penulis novel thriller Malaysia. Genre yang menjadi identiti dan garapan beliau ialah genre thriller yang diadun dengan mistik dan misteri. Sekarang, beliau sedang bernaung di bawah syarikat besar dan ternama iaitu Syarikat Karangkraf dalam penerbitan novel. Riduan Judin dilahirkan di Pitas, Sabah, yang merupakan seorang guru muda yang sedang menghadapi tahun akhir di IPG KBM. Dalam dunia penulisan, Riduan Judin merupakan antara novelis muda yang berjaya melakar nama di pentas penulisan Malaysia. Sekali gus berjaya mengikuti jejak novelis thriller lain di Malaysia seperti Ramlee Awang Murshid, dan penulis-penulis lain. Beliau juga aktif dalam bidang sukan terutamanya bola sepak. Beliau juga pernah menggiatkan diri dalam bidang seni mempertahankan diri iaitu Seni Silat Gayong Malaysia.

Books

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved