Margins
Rumah Sejuta Buku book cover
Rumah Sejuta Buku
2023
First Published
4.44
Average Rating
273
Number of Pages

Rumah Sejuta Buku menampilkan sekumpulan bibliofil berkongsi pengalaman mereka dalam membina perpustakaan idaman hati. Keunikan dan kreativiti tersendiri sangat memberi inspirasi buat semua pencinta buku untuk membina sudut bacaan mengikut cita rasa dan impian di hati, di rumah sendiri.

Avg Rating
4.44
Number of Ratings
77
5 STARS
53%
4 STARS
38%
3 STARS
9%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Zulkifli Khair
Zulkifli Khair
Author · 1 books

Ahli akademik dan aktivis sosial, penulis dan perunding latihan, serta pencinta kopi dan mengopi, juga peminat kembara. Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) UTM, Ketua Grup Penyelidikan Kenegaraan dan Kesejahteraan Sosial, dan AJK Persatuan Kakitangan Akademik UTM. Penulis 20 buah buku termasuk buku biografi Presiden MTUC. Turut menulis di akhbar dan majalah arus perdana. Beliau pernah menjadi panel penulis untuk www.muslimheritage.com (FSTC UK Ltd), kolumnis Estidotmy (Akademi Sains Malaysia & Utusan Melayu) dan kolumnis Jendela Selatan (DBP Wilayah Selatan). Alumnus Maahad Muar, Kolej Islam Kelang, Pusat Bahasa Arab Nilampuri, USM, UTM dan Writers Bureau College of Journalism Manchester UK. FB peribadi: https://www.facebook.com/zulkifli.khair FB Online dengan Tuhan: https://www.facebook.com/onlinedengan... Instagram: https://www.instagram.com/zuhaka/?hl=ms Pixoto: https://www.pixoto.com/zulkifli.khair

Najibah Abu Bakar
Najibah Abu Bakar
Author · 3 books

Anak kampung yang membesar antara susunan koleksi buku dan kegemaran membaca ayah ibu. Diheret ke pesta-pesta buku sejak sekolah rendah, walaupun pernah sekali terlupakan agenda keluarga untuk ke sana akibat asyik mencari ikan di sungai selepas balik mengaji. Waktu kecil dahulu, selalu disuap slogan “Cintailah Bahasa Kita” dan “Bahasa Jiwa Bangsa” di kaca TV. Akhirnya menjadi peminat A. Samad Said, tetapi pernah terhenti membeli buku beliau pada tahun 1995 (Cinta Fansuri) setelah surat ‘peminat’ zaman awal remaja tidak mendapat balasan daripadanya, serta usikan kakak dan adik yang tidak henti-henti mengenai peliknya seorang remaja seusia saya menyukai seorang sasterawan berjambang putih (dan beristeri dua). Kini setelah dewasa, menyedari betapa keanak-anakan memboikot pengarang hanya kerana surat peminat tidak dibalas dan tanggapan insan lain terhadapnya (hahaha). Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Kelantan dan Selangor; dan bersebab jasa dan bimbingan guru-guru di SKM, MMP Kota Bharu, Syamsul Maarif dan KISAS, sempat menadah ilmu di UIAM dan UM. Cita-cita selepas SPM adalah mahu menjadi pustakawan, kerana dipengaruhi artikel Shaharom TM Sulaiman mengenai pustakawan Islam yang masyhur. Tersasar ke dunia undang-undang sebelum mengubah haluan semula ke dunia perpustakaan & sains maklumat. Hasrat terbesar sejak dahulu adalah ingin menyumbang sesuatu untuk dunia keilmuan Melayu Islam terutama berpaksikan buku dan perpustakaan melalui penulisan. Insya-Allah, sangat ingin ditunjukkan jalan oleh Allah untuk menjadi sejarawan buku dan sejarawan perpustakaan, sambil mendidik 4 orang zuriat mendalami hakikat kehidupan.

Nisah Haji Haron
Nisah Haji Haron
Author · 13 books

Born in Seremban, Negeri Sembilan on 20 April 1973, Nisah Haron has been writing as a hobby since 1988. She has written forty short stories, five novels, essays and a few poems published in local literary magazine and newspaper. Nisah Haron had her legal education from National University of Malaysia and graduated in 1997. She also obtained her LL.M from the same instition in 2006. She practised as an advocate and solicitor as well as a syarie counsel for eight years before becoming a full-time writer in 2006. She advocates on the copyright awareness among writers and publishers. Nisah has also written a copyright book for laymen entitled "Karya Kita Hak Kita - Panduan Hak Cipta" (Al-Ameen Serve Holdings, 2008). Her works has been received my awards including Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan and many others. Recently, she won first place in Hadiah Sastera Berunsur Islam with her winning short-story, “Aset Istiqamah”. Her personal blog is www.annyss.blogspot.com, or join her on Facebook "Nisah Haron - Pengarang". Nisah Haron full bio is available online - http://annyss.blogspot.com/p/biodata-...

Rebecca Ilham
Rebecca Ilham
Author · 7 books

A Malaysian short-story writer and novelist, Rebecca also writes literary essays and travel articles. A bilingual, she translates to/from Malay and English, and is currently learning Korean with an interest in East Asian literature. Rebecca graduated from the National University of Malaysia with a Master of Art in Malay Letters and a Bachelor of Science (Petroleum Engineering) from Colorado School of Mines, USA.

Marini Azahri
Marini Azahri
Author · 1 books

Antara pencapaian penulis ialah Naib Johan (Kategori Puisi) Sayembara Penulisan Kreatif Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) 2020, penerima Hadiah Sastera Berunsur Islam 2011, Tempat Ke-2 Sayembara Novel Sains Angkasa Kanak-Kanak DBP 2013, Tempat Ke-3 Sayembara Novel Kanak-Kanak Koperasi DBP, Tempat Ke-3 Sayembara Skrip Drama Pentas Kanak-Kanak DBP, Saguhati Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas Berunsur Islam 2012, Saguhati Sayembara Novel Remaja DBP 2009/2010, Tempat Ke-7 Sayembara Penulisan Tazkirah KPM 2013, dan Pemenang Peraduan Cerpen Remaja PTSOne 2010. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Sarjana Sistem Maklumat, penulis kini sedang berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Kanan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Penulis bersedia untuk dihubungi berhubung hal ehwal penulisan dan buku melalui emel marini.putrajaya@gmail.com atau Facebook ; Marini Azahri.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved