
Sajak-sajak yang membarisi kumpulan puisi Sangkar Alam mini mengupas aksi kehidupan manusia – kehidupan yang adiwarna dan penuh dengan makna. Secara asasnya, “Alam” itu dunia atau bumi manakala “Sangkar” itu ialah kurungan. Jika digabungkan, dunia ini adalah kurungan. Sangkar Alam mahu menterjemahkan sikap dan tingkah laku manusia secara simnolisnya melalui motif puyuh dan perak. Puyuh yang pendiam, merendah diri dan tidak bercakap banyak hanya gigih bertelur. Hal ini berbeza dengan merak yang begitu banggsa memperagakan kecantikan bulunya yang bersifat sementara itu. Sebanyak 45 sajak memenuhi kumpulan puisi ini akhirnya membentuk sebuah pemikiran yang unik tentang manusia dan manusiawi melalui perlambangan dan simbol-simbol alamnya.