Margins
Sate untuk Jembalang book cover
Sate untuk Jembalang
2022
First Published
4.10
Average Rating
364
Number of Pages

Ketiga-tiga kisah yang dipaparkan dalam novel ini mempunyai kaitan antara satu sama lain, iaitu latar cerita banyak bermain di sekitar daerah perasing. SATE UNTUK JEMBALANG Gilakan nombor ekor, mereka sanggup menggadaikan agama demi mahu memuaskan nafsu. Tidak cukup dengan apa yang sudah dimiliki, manusia-manusia ini sanggup bertuhankan iblis demi kekayaan. ADWIRA Ada yang mengatakan seandainya kita berbicara dengan anak patung dan menganggap anak patung itu hidup, maka anak patung itu akan benar-benar bernyawa! Apa yang terjadi seandainya anak patung mainan itu dicacatkan oleh pemiliknya sendiri demi kepuasan nafsu aneh dan gila? Adakah anak patung itu akan bangkit dan membalas kekejaman manusia? GELIGA BARA Dua orang pemancing menemui sarang lipan yang dipenuhi dengan batuan permata seperti batu geliga yang bercahaya dan amat cantik. Mereka telah disapa seorang lelaki tua yang melarang mereka daripada mengambil apa sahaja benda yang ditemuinya di situ. Jika tidak, sesuatu yang bersifat hitam akan bangkit perlahan-lahan dari Lembah Perasing.

Avg Rating
4.10
Number of Ratings
61
5 STARS
39%
4 STARS
39%
3 STARS
15%
2 STARS
5%
1 STARS
2%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved