Margins
Sayang Cik Isteri book cover
Sayang Cik Isteri
2019
First Published
3.52
Average Rating
1
Number of Pages

Ahmad Han Bin Ahmad Ibrahim. Kali pertama bertemu lelaki itu, Hanis sudah pelik. Dengan pakaian serba hitam dan merenung dia lama. "Ni muka saya, bukan peta dunia. Encik tak payah tengok lama-lama pun dah boleh hafal" - Hanis "Ahmad Han tu nama saya, bakal suami awak. Tolong hafal tu" - Han Penuh misteri, tapi lelaki ini lah yang menyelamatkan Hanis dari menjadi mangsa dendam Mama sendiri. "Kenapa kau tak mati je dulu?" - Mama "Saya akan lindung awak, Hanis. Dari segala-galanya. Termasuk Mama awak" - Han Kerana satu malam, Hanis diangkat menjadi isteri Han. Mereka bernikah bukan atas dasar cinta. Dan bukan juga dipaksa. Tapi mereka tetap bahagia. "Kalau sarapan pagi, basuh baju, siram pokok semua abang yang buat, habis Hanis buat apa?" - Hanis "Hanis beranak je untuk abang" - Han Selepas menjadi isteri orang pun, kebencian Mama masih tiada penghujung. Hanis sendiri tidak tahu kenapa Mama sangat membencinya. Ayat Mama, tak pernah tak melukakan. Dan Ahmad Han lah yang sentiasa menjadi pengubatnya. "Tak apa lah kalau orang lain benci Hanis. Abang ada untuk sayang Hanis. Untung tau dapat abang ni. Handsome, pandai jaga isteri, pandai jaga gigi. Semua abang pandai lah. Buat anak je tak pandai lagi. Sebab tak berpeluang untuk praktis lagi" - Han Doktor gigi yang namanya Ahmad Han ini, kalau satu hari tak menyakat Hanis memang tak sah. Tujuannya hanya mahu melihat Hanis senyum. Tapi, dalam senyum seorang Hanis, tetap juga dia mahu mencari jawapan kenapa dia dibenci Mama sendiri.

Avg Rating
3.52
Number of Ratings
29
5 STARS
28%
4 STARS
17%
3 STARS
38%
2 STARS
14%
1 STARS
3%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved