
"Bila nak kahwin?" "Belum ada calon," begitu jawabnya. Namun jauh di sudut hatinya terdetik, mungkin memang sudah tiba masa untuk dia bernikah. Adakah perlu ada calon dulu, baru persiapkan diri? Atau persiapkan diri dulu, baru cari calon? *** Buku ini bukan mahu membahaskan tentang bercinta sebelum atau selepas nikah. Ia hadir sebagai bimbingan buat kita menguruskan perasaan, di saat kita mencari cinta sehinggalah menempuh alam rumah tangga. Buku ini sesuai untuk mereka yang: 1. Berniat untuk bernikah. 2. Sedang merancang dan mencari panduan pernikahan. 3. Merasakan dirinya sudah jatuh cinta dan mahu mengambil langkah seterusnya.
Author

MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin. Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya. Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.