Margins
Semesta Terakhir Untuk Kita book cover
Semesta Terakhir Untuk Kita
2024
First Published
4.30
Average Rating
450
Number of Pages

“Tali raket aku putus, Kil,” laung Jett. Perlawanan masih berterusan. “Takpe aku cover! Kau ambil raket baru!” *** Akil dan Jett—asalnya seteru dalam dunia badminton. Namun demi memenangi Piala Cakerawala, mereka sanggup ketepikan ego masing-masing demi membentuk pasukan beregu. Tanpa disangka, mereka menjadi pasukan terhebat di Kolej Angkasa. Sejak itu, mereka semakin rapat. Hanya dengan Jett, Akil boleh jadi diri sendiri. Bagi Jett pula, Akil ialah sahabatnya yang paling terpercaya. Namun apabila Akil syak mereka menyukai orang yang sama, semesta mereka bergolak. Keadaan semakin tegang apabila Jett enggan berterus terang. Alasannya, dia tak mahu persahabatan mereka terjejas. Ini Piala Cakerawala yang terakhir dan mereka perlu menang. Terkilan, Akil mula ponteng latihan. “Jett, kau cuma kisah tentang Piala Cakerawala kau je kan?” *** Ketika bahang Piala Cakerawala semakin terasa, sengketa Akil–Jett juga semakin membara. Mampukah mereka menjulang pingat emas seperti yang dijanjikan? Atau mungkin sebenarnya, ada sesuatu yang lebih penting untuk diselamatkan?

Avg Rating
4.30
Number of Ratings
193
5 STARS
46%
4 STARS
39%
3 STARS
15%
2 STARS
1%
1 STARS
0%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved