Margins
Senandung Kau dan Aku book cover
Senandung Kau dan Aku
2023
First Published
4.15
Average Rating
342
Number of Pages

Sebuah kaset yang menggerakkan cerita cinta. Sebuah lagu yang mengembalikan kenangan lama. Helmy dan Nilam berjanji untuk mengikat hubungan mereka hingga ke jenjang pelamin. Namun, siapalah yang dapat menduga masa hadapan. Hubungan mereka terputus di tengah jalan. Bukan kerana orang ketiga. Bukan kerana cinta telah pudar, tetapi kerana Helmy hilang tiba-tiba. Kehilangan Helmy menjadi tanda tanya apabila keluarganya juga turut keluar dari rumah mereka dan tidak dapat dijejaki. Nilam yakin ia ada kena-mengena dengan pesanan yang ingin disampaikan oleh Helmy malam sebelum lelaki itu hilang. 14 tahun kemudian, lagu kenangan mereka menemukan Helmy dan Nilam semula dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Mereka mendewasa dan menjalani kehidupan masing-masing tanpa satu sama lain. Namun pertemuan semula itulah membuka semula satu per satu sebab kehilangan Helmy sekeluarga. Lebih mengejutkan ia berkait rapat dengan keluarga Nilam sendiri. Dengan segala apa yang berlaku, dapatkah kisah cinta mereka bersambung kembali?

Avg Rating
4.15
Number of Ratings
61
5 STARS
33%
4 STARS
49%
3 STARS
18%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Kamalia
Kamalia
Author · 8 books

Mula menulis sejak kecil lagi dengan menulis diari dan masih lagi menulis diari sehingga sekarang. Sekitar 2008, mula menulis untuk umum pula apabila aktif menulis cerpen. Kemudian, pada 2010 buku pertamanya terbit di bawah rumah penerbitan JS Adiwarna Publications & Distributors. Buku pertamanya adalah buku kanak-kanak yang berjudul Si Cantik Cempaka. Kemudian, terbit pula novel umum pertama, Gerabak Merah Jambu. Novel umum terbaharunya yang terbit pada 2013 berjudul Dia Bukan Shah Rukh Khan. Cita-cita utama dalam penulisan sekarang adalah mahu menulis sebuah kesah psychological-thriller atau kesah cinta bersulam elemen psikologi. Penulis kegemaran, tak ada yang spesifik tapi kalau berdasarkan daripada penulis yang banyak dibaca bukunya: Haruki Murakami, Faisal Tehrani, Andrea Hirata, Azizi Haji Abdullah, Isa Kamari, dll yang tak ingat. Jadi, kesimpulannya, bukanlah tentang penulis sangat tapi isi cerita yang dipersembahkan. Antara karya yang sudah terbit: 1. Si Cantik Cempaka (2010) 2. Gerabak Merah Jambu (2012) 3. Bukan Suatu Kebetulan (Antologi Cerpen 'Kisah Cinta Seribu Wajah') 4. Dia Bukan Shah Rukh Khan (2013) 5. Konspirasi (Antologi Cerpen 'Kerana Dia, Ratu Sehari') 6. Demimu Suri, Aku Sanggup Mati (Antologi Cerpen 'Cinta Pertama)

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved