Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Sherlock Holmes (Penerbit-X 2018-2021)
Sherlock Holmes (Penerbit-X 2018-2021)
Series · 3 books · 2018-2021
By
Arthur Conan Doyle
Books in series
#1
Sherlock Holmes
2018
Misteri seorang lelaki dengan wajah yang berkerut pelik telah membawa Sherlock holmes dan Dr Watson ke selatan London. Mayat lelaki itu ditemui di dalam sebuah rumah tinggal. Tiada tanda-tanda lelaki itu dikasari, namun pada dinding berdekatan mayat itu terdapat tulisan berdarah yang misteri. Saksikan kebijaksanaan Sherlock Holmes dan Dr. Watson menyelesaikan misteri ini dan mencari pembunuhnya.
#11
Sherlock Holmes
2020
Penunggang Basikal Solo
Cik Violet Smith datang ke Baker Street untuk meminta nasihat kerana merasakan dia diekori oleh seorang lelaki semasa menunggang basikal ke rumah majikannya. Lelaki itu menunggang basikal tidak jauh di belakangnya dan mengikuti setiap gerakannya. Cik Violet Smith pernah cuba memerangkap lelaki itu, bagaimanapun tidak berjaya kerana lelaki itu tiba-tiba hilang begitu sahaja. Dr Watson berpendapat yang ia cuma sebuah kes remeh yang pelik, bagaimanapun Sherlock Holmes merasakan ada bahaya yang sedang mengintai wanita muda itu.
Misteri kehilangan di Sekolah Priory
Sherlock Holmes dan Dr Watson dikunjungi seorang pengetua sekolah persiapan persendirian yang bingung kerana pelajarnya, seorang anak bekas menteri yang berpengaruh tiba-tiba hilang dari sekolah. Lebih merumitkan keadaan, seorang daripada guru di sekolah ituyang mengajar bahasa Jerman turut hilang. Pengetua sekolah tersebut mengesyaki pelajarnya itu melarikan diri untuk berjumpa dengan ibunya yang baru sahaja berpisah dengan ayahnya. Bagaimanapun, daripada kesan tayar basikal dan tapak lembu yang dijumpai, Sherlock Holmes berasa khuatir yang kes ini lebih rumit daripada itu.
Misteri Kematian Black Peter
Seorang inspektor polis muda bernama Stanley Hopkins yang mengidolakan Sherlock Holmes datang meminta bantuan penyiasat tersohor itu atas sebuah kes yang pelik. Captain Peter Carey ataupun lebih dikenali sebagai Black Peter telah dijumpai mati ditikam dengan serampang dan mayatnya tercakak pada dinding. Sherlock Holmes membuat uji kajinya sendiri, dan mendapati bukan mudah untuk menjadikan mayat dalam keadaan begitu. Sherlock Holmes dan Dr Watson telah pergi ke lokasi berlakunya jenayah dan mendapati kunci bilik Black Peter yang keadaannya seperti kabin yang sudah dirosakkan. Sherlock Holmes yakin, orang yang cuba menceroboh itu akan masuk kembali. Berjayakah mereka memerangkap pembunuh Black Peter?
#14
Sherlock Holmes
2021
Pembunuhan di Wisteria Lodge
John Scott Eccles datang ke Baker Street dalam keadaan tidak terurus, marah dan keliru. Belum sempat dia menceritakan masalahnya kepada Holmes dan Dr. Watson, dua pegawai polis muncul di pintu rumah Holmes. Mereka sedang mencari Eccles untuk membantu siasatan serta mahukan keterangan daripadanya. Eccles terkejut kerana dia disyaki membunuh Aloysius Garcia, tuan rumah Wisteria Lodge tempat dia bermalam pada malam itu. Sedangkan, dia datang menemui Sherlock Holmes adalah kerana dia buntu apabila bangun pada pagi itu, seluruh isi rumah Wisteria Lodge telah hilang. Adakah benar John Scott Eccles seorang pembunuh?
Misteri Kotak Kadbod
Cik Susan Cushing menerima bungkusan yang menakutkan yang dipos kepadanya. Bungkusan itu berupa sebuah kotak kadbod yang berisi dua cuping telinga manusia yang diletakkan bersama-sama garam kasar. Inspektor Lestrade mengesyaki ia adalah usikan nakal daripada bekas penuntut Cik Susan yang berdendam dengannya. Bagaimanapun, apabila Sherlock Holmes melihat bungkusan itu, dia serta-merta mengatakan ia adalah bukti satu jenayah serius. Holmes memberitahu Lestrade yang dia akan membantu menyiasat kes itu, bagaimanapun dia tidak mahukan pegawai polis itu memberi kredit kepada namanya kerana baginya kes itu terlalu mudah. Dari mana datangnya dua cuping telinga itu?
Misteri Kumpulan Lingkaran Merah
Puan Warren, seorang tuan punya rumah sewa menghadapi masalah penyewa yang aneh. Penyewanya seorang lelaki muda yang berjambang lebat, dan bahasa Inggerisnya mempunyai loghat yang pelik. Dia hanya kelihatan pada hari pertama dia berada di situ, namun selepas itu tiada sesiapa pun yang berada di rumah itu pernah melihatnya. Dia memesan barang-barang daripada Puan Warren dengan cara yang pelik, iaitu dengan menulisnya menggunakan huruf cetak pada kertas dan meninggalkannya di atas kerusi di luar bilik. Sherlock Holmes yang pada mulanya tidak berminat dengan kes itu lantas menukar fikirannya. Kenapa penyewa itu terlalu berahsia? Adakah dia seorang penjenayah yang dikehendaki atau dia cuba bersembunyi kerana takutkan sesuatu?
Kisah Detektif yang Nazak
Puan Hudson menemui Dr. Watson, menyampaikan berita Sherlock Holmes sedang sakit teruk dan tidak makan serta minum selama tiga hari. Dr. Watson terkejut kerana dia tidak tahu-menahu tentang hal itu. Apabila mengunjungi Holmes, Dr. Watson sekali lagi terkejut kerana dia tidak dibenarkan berada dekat dengan Holmes, dan sahabatnya itu tidak mahu dirawat walaupun keadaannya kelihatan sudah amat teruk. Setelah puas memujuk, akhirnya Holmes bersetuju untuk dirawat oleh seorang individu yang dipilihnya sendiri bernama Culverton Smith. Holmes mengenakan syarat tertentu kepada Dr. Watson dan mula meracau- racau. Adakah Sherlock Holmes sempat dirawat atau sikap egonya akan membawa maut ke atas dirinya sendiri?
Author
Arthur Conan Doyle
Author · 964 books