Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Silat Warrior
Silat Warrior
Series · 3 books · 2022-2024
By
Sharina Elisa
Books in series
#1
Silat Warrior
2022
Meen tidak memilih untuk menjadi pendiam tetapi terpaksa diam kerana apa yang terlintas dalam fikirannya tidak pernah sama dengan apa yang bibirnya lontarkan. Pada ketika mereka di sekeliling menuduhnya biadab, Kamarul bertindak memahami meski mereka tidak pernah sebulu. Meen pernah memenangi pingat emas pada Kejohanan Silat Peringkat Negeri pada ketika usianya 12 tahun. Disebabkan insiden kecelakaan, Meen dihurung trauma. Dia menjauhkan diri dan enggan bersilat lagi. Bahkan, tegar membiarkan sahaja dirinya dibuli biarpun, tubuhnya disakiti. Kamarul tidak betah membiarkan Meen tersungkur jatuh. Dia tidak mampu berpejam mata membiarkan Meen semakin jauh. Dia perlu lakukan sesuatu agar semangat Meen untuk beraksi di gelanggang kembali riuh. Dia mungkin lebih hebat daripada abang. Maafkan saya sekali lagi. Saya tak cakap kosong. Kalau dulu, dia mungkin saingan saya tapi sekarang, serangannya seperti kilat. Sedar-sedar, lawan dah berada di atas tanah. Tersungkur tanpa orang tahu apa yang dah berlaku – Kamarul
#2
Silat Warrior
2023
Sejak menerima sampul putih berlabel ‘GOVERNMENT SPECIAL ACADEMY’, Meen merasakan gerak-gerinya sentiasa diperhati. “Apa motif kau intip aku? Apa yang kau boleh buat kalau aku berkeras dengan keputusan aku?” - Meen “Kenapa kau tolak GSA mentah-mentah? Bukankah ini usaha kerajaan untuk tangani isu buli? GSA adalah akademi khas yang ditubuhkan untuk mendidik para pembuli supaya menjadi individu berguna supaya mampu berkhidmat menjaga keselamatan negara. Dan kau sebagai pesilat, akan bertindak sebagai individu yang mengekalkan keseimbangan dalam komuniti di GSA” - Fairuz Di atas alasan tersendiri, Meen akhirnya melaporkan diri ke akademi yang dikawal ketat bagai penghuni tahanan penjara. Namun, dia tidak pernah berminat untuk campur tangan apabila para pelajar saling bertumbuk sehingga mencederakan.
#3
Silat Warrior
2024
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) meragui ketelusan penubuhan BRILLIANT. Pengurusan tertinggi KPM tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah Government Special Academy (GSA) yang mempunyai motif peribadi. Meski curiga, pihak KPM tetap mengedarkan surat arahan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya menghantar dua pelajar terbaik negeri di setiap tingkatan. Pengetua SMK Bukit Kayu Manis yang bimbang keselamatan pelajar-pelajarnya, telah membuat keputusan untuk mengutuskan surat kepada pihak GSA. Beliau memerlukan bantuan lima orang pesilat dari GSA untuk melindungi kesemua pelajarnya. They smell something fishy. Too good to be true - Tuan Arif, pengetua GSA
Author
Sharina Elisa
Author · 12 books