
Mia jadi pemalu sejak dia dibuli budak lelaki semasa kecil. Walaupun sudah meningkat remaja, dia masih lagi kurang keyakinan diri. Apabila Joni dan Emilia tiada di sisinya selama seminggu, Mia membawa patung arnab kesayangan ke sekolah untuk membuatkannya rasa lebih selamat. Namun patung itu dicuri dan dikembalikan ke mejanya pada keesokan hari dengan keadaan rosak dan kotor. Siapa yang sanggup buat begitu?