Margins
Siri Detektif Indigo book cover 1
Siri Detektif Indigo book cover 2
Siri Detektif Indigo
Series · 2 books · 2005-2008

Books in series

Detektif Indigo book cover
#1

Detektif Indigo

2005

Detektif Indigo Mereka super. IQ luar biasa dan deria keenam menjadikan mereka detektif indigo. Cheng-chung yang hafiz, Faruk "Si Tahukah Anda" dan Mihrimah pakar sains forensik si perawan tembun dianugerah kuasa telepati—-pelengkap radas saintifik. Bersama-sama Ruzbihan yang tajam deria baunya, Zaitun si ahli kimia dan Isamu Nakamura yang mahir entomologi, mereka menyelesaikan kes rumit mengelirukan: Pencerobohan, bom, letupan ... Dalam lingkungan kristal azurite dan lapis lazuli mereka ditubi untuk mengoptimumkan IQ dan deria keenam, demi keamanan sejagat. Ya, keamanan ialah hak sejagat. Dan jagat sudah hilang batas bangsa, budaya, politik. Mereka dilatih bukan semata-mata untuk memperalat ilmu dan teknologi bahkan menjelmakan adab dan akhlak diterasi iman dan takwa. \\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\ Novel ini telah memenangi tempat KEDUA Pertandingan Novel Remaja [Hadiah Sastera Kumpulan Utusan](http://www.goodreads.com/award/show/1844-hadiah-sastera-kumpulan-utusan) 2004 Pertama [Advencer Si Peniup Ney](http://www.goodreads.com/book/show/2164215.AdvencerSiPeniupNey) Faisal Tehrani_ Kedua [Detektif Indigo](http://www.goodreads.com/book/show/2221564.DetektifIndigo) Faisal Tehrani_ Ketiga [Priiit!](http://www.goodreads.com/book/show/9244698-priiit) Alias Ismail Ilustrasi Kulit : Nawiah Cetakan Pertama : 2005 Cetakan Kedua : 2006 Cetakan Ketiga : 2009 \-
Detektif Indigo Kembali book cover
#3

Detektif Indigo Kembali

2008

SIRI DETEKTIF INDIGO \———————————————— Mereka dianugerahkan deria dan IQ yang luar biasa. Chen-Chung si hafiz, Faruq si serba tahu, Mihrimah Maryam si pakar sains forensik, Ruzbihan si bersin dengan deria bau yang tajam, Rabiah Zaitun si ahli kimia dan Isamu pula si entomologis yang istimewa. Enam sahabat ini sedang mendalami ilmu-ilmu penyiasatan di Maktab Rendah Remaja Indigo. Mereka dikenali sebagai kumpulan Detektif Indigo. Kes penculikan Prof. Aslan, Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dan kehilangan Dr. Recep Gul, pengasas Akademi Indigo menjadi ancaman kepada keutuhan dan perpaduan dunia Islam sejagat. Kumpulan Detektif Indigo Kembali dipanggil untuk menyiasat. Keupayaan mereka dicabar. Mampukah mereka merungkai misteri yang ada sebelum terlambat? \-

Author

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani
Author · 45 books

Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani. Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2. Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved