Margins
Sign in
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20
Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20
Series · 2 books · 2005-2006
By
Usman Awang
,
Anwar Ridhwan
Books in series
#2
Kami Yang Terlibat
2006
Lima ela dari tempat saya mendakap tanah lembap di pangkal sebatang pohon yang sepemeluk besarnya, kelihatan Dol tertiarap dengan tangan kanannya menekup rusuk kirinya. Tidak jauh daripadanya, kelihatan pula Wak Berahim terlentang. Senapangnya ikut terbaring di sebelahnya. Itulah yang saya lihat - yang dapat saya lihat dalam suasana yang samar-samar antara dinihari menjelang subuh. Benarlah...peluru memang tidak bermata. Tidak mengenal sama ada kawan mahupun lawan.Dol dan Wak Berahim yang tidak bersalah telah terkorban dalam kejadian itu. Mereka sebenarnya menjadi mangsa kecuaian. Akan tetapi, mengapa mereka yang menjadi mangsa? DAn, apakah sebenarnya yang telah terjadi pada dinihari itu? Kami Yang Terlibat, sebuah kumpulan cerpen oleh Sasterawan Negara Usman Awang memuatkan sebanyak 20 buah cerpen yang memaparkan pelbagai tema dan persoalan, secara tersirat dan tersuratnya, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpen ini merupakan rakaman kreatif persekitaran beliau yang sekaligus memancarkan citra, cita-cita dan minda sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilaukan tamadun bangsa dan sekaligus menjadi mercu tanda klasik arena percerpenan yang terakam dalam bahasa Melayu. Kandungan: 01) Untuk Jadi Isteri Orang Bangsawan 02) Uda dan Dara 03) Turunnya Sebuah Bendera 04) Surat daripada Seorang Mata-mata 05) Setelah 1948 06) Sebuah Khemah Didirikan 07) Rimbaku, Air Mataku 08) Pertemuan 09) Menonton 10) Peristiwa Bunga Telur 11) Matinya Seorang Perempuan 12) Koperal Tua 13) Koktel 14) Kenangan Jauh 15) Kami Yang Terlibat 16) Ini Saya Punya Kerja 17) Haslina 18) Harga Hidup 19) Budi 20) Betisnya Bunting Padi
#9
Dunia Adalah Sebuah Apartmen
2005
Dunia Adalah Sebuah Apartmen, kumpulan cerpen Sasterawan Negara Anwar Ridhwan memuatkan 20 buah cerpen yang memaparkan pelbagai tema dan persoalan, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Elemen dalaman cerpen-cerpennya merupakan rakaman kreatif persekitaran beliau yang sekali gus memancarkan citra, cita-cita dan minda sepanjang seabad perjalanan sejarah tanah air yang dilewati. Kumpulan cerpen ini merupakan perada warisan yang mengilaukan tamadun bangsa dan sekali gus menjadi mercu tanda klasik arena pencerpenan yang terakam dalam bahasa Melayu.
Authors
Usman Awang
Author · 8 books
Anwar Ridhwan
Author · 9 books