Margins
Siri Puaka Sekolah book cover
Siri Puaka Sekolah
Sidang Redaksi
2025
First Published
3.25
Average Rating
128
Number of Pages

Selama hampir sedekad, SMK Dinding Selatan tidak lagi menghasilkan majalah sekolah. Setiap percubaan untuk menerbitkannya dihentikan oleh ‘sumpahan’. Dikhabarkan seluruh ahli sidang redaksi yang terlibat dengan projek majalah akan diganggu makhluk halus dan mengalami kejadian aneh yang menakutkan. Bimbang insiden buruk menimpa para pelajar, pihak sekolah mengambil keputusan untuk tidak lagi menerbitkan majalah sekolah. Setelah lapan tahun berlalu, pengetua baharu yang dilantik memutuskan majalah sekolah perlu diadakan semula, meskipun ditegah oleh guru-guru lama. Cikgu Jamali diberi tanggungjawab membentuk sidang redaksi dan membuka penyertaan kepada para pelajar. Mulanya tiada siapa yang mahu menyahut tawaran tersebut kerana takut dengan sumpahan yang telah lama menghantui sekolah mereka. Namun, hadir lima pelajar yang berani, langsung tidak gentar malah teruja untuk mencabar sumpahan dan ingin menjayakan majalah sekolah buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun. Namun, adakah keberanian mereka cukup untuk melawan sumpahan yang menghantui? * * * Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Avg Rating
3.25
Number of Ratings
4
5 STARS
0%
4 STARS
25%
3 STARS
75%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Iqbal Rafiuddin
Iqbal Rafiuddin
Author · 11 books
Iqbal Rafiuddin merupakan penulis pelbagai genre. Pernah menulis untuk Terfaktab, Bukupojok, MagicBean (Gempakstarz), Fixi dan Menara Seni.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved