
MENJADI YANG TERBAIK! ALEX ADA PASUKAN BAHARU... PASUKAN X-VENTURE! Selepas mengalahkan Dewa Kekacauan, akhirnya Alex dan rakannya berpeluang untuk berehat. Pada waktu itu, Alex mengumpulkan pengembara X-VENTURE menjadi pasukan ekspedisi dengan matlamat yang lebih besar daripada memburu harta karun. Misi mereka adalah mencari pintu masuk ke Shambhala dan membongkar rahsia golongan cerdik pandai yang lain. Cabaran pertama mereka adalah menyiasat perkara pelik di atas arahan Ketua Kampung Minotaur.