
Apabila perubahan membawa kepada kebaikan, ketenangan menjadi teman. Dia penghapus resah dan pengukuh keyakinan. —————————— Komitmen Dedikasi Kata Irma Ingin memberi respons kepada Irma Hasmie? Siapa di dalam sana? Gurunya bangun dan berdiri di hadapan Boyot. Kemudian menunjukkan jari telunjuknya sambil berkata, “Sehingga pada satu hari, seorang guru yang menjaga peperiksaan di dewan berdiri di tepi meja, melihat kertas peperiksaan saya yang kosong. Lalu dia berkata...” Insuran sosial Tuk Aji Setiap sempadan negeri dilintasi, ada sahaja rumah rakan yang diziarahi. Takjub dan hairan Isa melihat bagaimana atuk membina rangkaian kawan seramai itu. Diari buruk yang memuliakan Suriati menggeleng-gelengkan kepala, “Siapa dia dan siapa mereka?” Nama-nama yang tidak ada dalam catatan ayah menjadikan mereka mahu tahu. Merancang dart tindakan Ayah berkata, “Semakin dewasa semakin banyak perkara perlu dilakukan. Semakin kita berubah. Tetapi....” Selipar hidup, selipar hati Sebentar tadi dialah yang awal memasuki masjid. Sebelum khatib bermula, suaminya sudah keluar dari masjid. Mengapa suamiku begitu aneh? Murah dan mahal tetap sama Adik membuka kotak hadiahnya, “Adik pun mendapat hadiah yang sama. Tetapi, kamera polaroid adik kecil sahaja berbanding kakak,” sedikit muncung di bibir apabila kamera polaroid miliknya dan milik kakaknya diletakkan bersebelahan. Anak tangga, semakin ke atas semakin jelas “Benar, rancangan besar yang tidak dapat dilaksanakan oleh orang berjiwa kecil. Jadi semuanya sekadar tinggal rancangan besar sahaja?” Doa siapakah yang termakbul Ada seorang lelaki yang tidak putus berdoa. Mujarabnya kata-kata orang yang dipanggil si Bibir Mutiara apabila menjadi doa. Bibir Mutiara bertanya, “Mahu doakan apa ya?” Meja-meja sang guru kehidupan Si pekerja bank melihat kiri dan kanan. Banyak lagi meja yang kosong, tetapi meja yang diduduki dia juga menjadi pilihan Dian. Mengapa Dian duduk di situ, apa istimewanya meja itu? Meraikan jemaah syurga Lelaki berusia memerhatikan dia melintasi jalan. Sebelum beredar, dia sempat berkata dengan suara yang kuat, “Jangan membazir masa, wajah muda kamu itu semakin tua setiap kali saat berjalan!” Rancang kebahagiaan dua kali ganda "Saya mampu memeriahkan majlis anak perempuan saya sebesar ruang yang saya mohon itu,” kata-kata yang sudah cukup memberitahu mengapa begitu dipilihnya. Ubah dunia orang kecil Ada waktu, si isteri akan berkata kepada suaminya, “Nampaknya habislah pensel di rumah kita ini. Semakin kontot pensil dibuatnya.” Meraikan Ikhlas Berkali-kali Dengan rasa tidak berpuas hati, guru itu berkata, “Bolehkah Dinding berubah? Hari ini nampak baiknya mengecat di tembok taska, pergi ke surau pada awal waktu. Selepas selesai semua ini, perangainya kembali kepada asal.” Biar Sedikit Asal Menjadi “Saya membawa jemputan daripada ketua kampung. Dua hari lagi adalah majlis perkahwinan anaknya. Dia menjemput semua untuk hadir ke majlis perkahwinan itu,” kata lelaki itu secara ringkas dan jelas. Garis bibir mengubah rasa Balasan yang diterima, tubuh yang statik, wajah curiga, garis lurus antara bibirnya. Hawa berasa sejuk subuh bertukar panas hanya kerana respons itu. Kebajikan kegemaran jiwa “Kotak derma ini sama saiznya. Apa yang tertulis pada kotak itu datang daripada orang yang sama. Mengapa begitu banyak kotak derma bagi satu tujuan sahaja?”
Authors

ZAMRI MOHAMAD dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media. Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama. Beliau pernah muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Kampus, Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademik, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi, Dewan Bahasa dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa. Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV. Pernah menjadi pembantu koresponden Malaysia bagi Islam Online, sebuah agensi berita antarabangsa yang beroperasi di Dubai, Emeriah Arab Bersatu. Pernah menjawat jawatan pembantu kepada Penasihat Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada tahun 2002-2005, beliau pernah menjadi penyelidik bebas secara sambilan bagi sebuah konsultan perunding perniagaan kecil, Sprint Marketing Concept di Kuala Lumpur. Melalui konsultan perniagaan kecil yang telah beroperasi sejak tahun 1996 ini, tugas beliau melihat trend dan perkembangan bisnes kecil khususnya dalam bidang francais dan F&B (Food and Beverages) melalui kenyataan media. Zamri Mohamad adalah jurulatih penulis dan pengendali bengkel penulisan buku non fiksyen. Beliau bekerjasama dengan Akademi Penulis dan menjadi mentor penulis kategori rencana akhbar dan majalah. Klik di sini Beliau juga jurulatih penulisan untuk Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil. Sebuah seminar yang diasaskan bersama-sama Izwan Wahab, pakar pereka kreatif sistem dan penganalisis carian enjin internet. Klik di sini Aktif melibatkan diri sebagai peserta dalam program-program seminar-seminar, kursus, bengkel, pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar di peringkat tempatan, nasional, asia tenggara dan antarabangsa. Ini untuk membantu beliau dalam menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk dikongsi orang ramai.

Irma Hasmie Binti Ibrahim lebih dikenali sebagai Irma Hasmie . Ayahnya berasal dari Kota Bharu, Kelantan manakala ibunya dari Hulu Selangor. Irma berdarah campuran Pakistan (ayah) dan Cina (ibu). Anak sulung tiga beradik ini mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Irma pernah memenangi Gadis Jelita 2004 anjuran majalah Jelita. Pertama kali mengenali dunia lakonan apabila membintangi filem Cinta Fotokopi, diikuti Main-Main Cinta selepas dilamar Metrowealth International Group (MIG) pada 2004. Filem lain ialah Bujang Senang dan Diva. Secara rasmi keluar dari MIG mulai Mac 2007 dan kini mengurus sendiri kerjayanya. Pernah bergelar pembantu pengacara Roda Impian musim ke-11 bersama pengacaranya, Allahyarham Hani Mohsin. Selain filem, Irma juga bergelar pelakon TV. Pada 29 June 2012, Irma Hasmie telah melangsungkan majlis perkahwinannya bersama pasangannya Syah Reza AzmeeRedza. Pasangan pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa Irma Hasmie, Ibrahim Othman. Majlis Perkahwinan telah diadakan di Dewan Sri Melati, Putrajaya.