Margins
Streamer Hijabster book cover
Streamer Hijabster
2019
First Published
3.96
Average Rating
138
Number of Pages

Amani adalah seorang pelajar sekolah menengah dan juga seorang streamer permainan video secara kecil-kecilan. Niat asalnya hanyalah untuk menjadikan streaming sebagai hobi tetapi semuanya berubah apabila salah satu klip video permainannya tular, menyebabkan dia menjadi semakin popular. Amani terkejut dengan populariti barunya ini dan mengambil masa untuk menyesuaikan dirinya. Amani menjadi paranoid apabila sepucuk surat tidak berstem sampai ke rumahnya, walhal, dia tidak pernah mendedahkan alamatnya kepada sesiapa pun. Hidup Amani menjadi semakin tidak tenang apabila stalkernya semakin berani mengganggunya. Dia berasa seperti sentiasa diperhatikan. Siapakah sebenarnya yang mengintip gerak-geri Amani? Mampukah Amani berhadapan dengan stalkernya?

Avg Rating
3.96
Number of Ratings
27
5 STARS
15%
4 STARS
67%
3 STARS
19%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Adib Zaini
Adib Zaini
Author · 7 books
membesar di merata tempat di Lembah Klang dari Klang, ke Subang Jaya, ke Cheras, dan kini menetap di Sungai Buloh. Diplomanya tersimpan di dalam laci, tidak digunakan sejak tahun 2009. Sejak kecil lagi dia memang gemar berimaginasi. Selepas membaca karya seorang penulis botak lain yang bernama Brian K. Vaughan, dia mula menulis imaginasinya ke atas kertas (ataupun dalam bentuk 1 dan 0). Lima tahun kemudian dia mencuba nasib dengan menghantar karyanya ke Buku Fixi. Hasilnya, Zombijaya menjadi novel pertamanya. Kini dia masih, dan akan terus berimaginasi lagi selama yang mungkin.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Streamer Hijabster