Di sebuah sekolah, terkumpul segerombolan makhluk manusia yang terdiri daripada lelaki dah perempuan: Ada yang kacak, ada yang cantik bagaikan puteri, ada yang bangga diri, ada yang bersifat pendengki dan ada juga seorang guru yang keras seperti logam besi. Lahir dari pelbagai latar belakang yang cukup berlainan dan personaliti yang cukup asing, perlahan-lahan, mereka mula mencipta wasilah yang penuh dengan friksyen dan kelucuan. Terutamanya, apabila pengetua sekolah mereka muncul tanpa dijangka...