
Legenda merupakan gelaran agung di dalam dunia pertarungan. Para pendekar dan pahlawan berzaman-zaman merebutinya. Sudah terlalu banyak darah mengalir dan nyawa melayang disebabkan ramai yang mahu menyandangnya. Hanya dengan menumpaskan penyandang sebelumnya, barulah sseorang pendekar itu dinobatkan gelaran Legenda. Tetapi tiga dekad yang lepas, penyandangnya yang terakhir telah menghilangkan diri, mengakibatkan tidak ada sesiapa mampu merampas gelaran tersebut dengan rasmi selepas itu. Rusyd, pemuda berusia 20-an, turun dari Puncak Tanpa Nama sebaik sahaja pertapaanya tamat, dengan satu misi - menuntut bela kematian ayahanda dan bondanya yang telah dibunuh oleh pendekar sebuah sekolah persilatan. Di tengah kembara, Rusyd bertemu dengan misteri gelaran Legenda, dan perjalanannya unutk melunaskan dendam mebara, kini terlilit dengan misteri tersebut, menariknya ke konflik yang lebih besar!
Author

MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin. Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya. Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.