Margins
Sumpahan Merong Aswad book cover 1
Sumpahan Merong Aswad
Series · 1 book · 2022

Books in series

Sumpahan Merong Aswad book cover
#1

Sumpahan Merong Aswad

2022

Empat lelaki yang mampu menukar fizikalnya menjadi merong dan seorang ahli sihir kolot. ​Bagi bentala Benua Delara, pertemuan mereka berlima adalah detik permulaan bagi kehancuran manusia. Tetapi, tiada seorang pun tahu bahawa nakhoda Delara sendiri yang menjadi punca kebangkitan mereka berlima. ​“Vangelia takkan berdiam diri selagi saya masih hidup, Evan. Awak sedar atau tidak yang awak sedang menyusahkan diri sendiri, selamatkan penjenayah ini?” – Rathena ​“Then what about me? What about Drake, Nash and Merlin? Aren’t we the same?” – Evander ​Dendam, jauh sekali untuk mereka lunaskan. Tetapi Evander cuma punya satu misi yakni menyelamatkan ibundanya yang berada di bawah tahanan manusia yang tamak dan gila kuasa. ​Namun tatkala misi hampir dinoktahkan, kemunculan Ezekiel daripada Puak Naga Aswad punahkan semuanya. Tidak sampai sehari, nyawa yang tidak bersalah terkorban satu demi satu. Kerakusan Ezekiel juga, akhirnya telah meninggalkan titik hitam dalam diri Evander. Bermula dari satu titik hitam, kegelapan mula menyelubungi hidup Evander. Akal warasnya mula ditakluki sedikit demi sedikit. ​“Dalam beberapa hari lagi, akan tercetusnya perang besar di sini. Aku tak tahu di bahagian mana. Tapi perang besar tu akan hancurkan satu lagi empayar di benua ni. Aku… Aku tak yakin kau akan selamat nanti, Thena.” – Evander. ​Kerana satu sumpahan Ezekiel, adalah kehancuran yang tiada seorang pun mampu halang. Termasuklah Rathena sendiri. ​“He’s not your Evander anymore, Rathena.” Dan itulah kenyataan yang perit untuk Rathena telan.

Author

Dynna Zain
Author · 3 books

Dynna Zain is an indie author of urban fantasy novels. She lives in Malaysia. Besides being an author, Dynna Zain is also a digital artist. Facebook: https://www.facebook.com/dynna.zain?_rdr Instagram: https://www.instagram.com/dynnazain/ Wattpad: https://www.wattpad.com/user/dynnazain

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved