Margins
Survival book cover
Survival
2019
First Published
4.31
Average Rating
496
Number of Pages

Amri dipenjarakan kerana kesalahan membunuh. Dia terlibat dengan aktiviti pembunuhan antarabangsa demi menjaga kestabilan dunia. Tanpa sedar, dia sebenarnya telah menjadi ‘kambing hitam’ atas tujuan peribadi seseorang. Sehinggalah muncul satu program, Program Pengampunan Banduan. Amri dan beberapa banduan yang lain telah terpilih untuk mengikuti program ini. Mereka dibawa ke sebuah pulau yang belum pernah diterokai oleh manusia. Tanpa sangka, Pulau Larus itu ada ketua yang menjaganya. Amri mula berasa tidak senang. Ada sesuatu yang mencurigakan. Apatah lagi mendengar syarat untuk lulus dalam program ini. Syarat pertama; Hiduplah untuk bebas! Syarat kedua; Bunuhlah seramai mungkin manusia yang ada di pulau itu. Dan, bermula hari itu… mereka bermati-matian membunuh. Jika tidak membunuh, mereka akan mati dibunuh! Inikah harga untuk sebuah kebebasan? “Inilah takdir kau. Jangan pernah terfikir kau boleh tinggalkan dunia yang penuh kegelapan ini. Kau tak ditakdirkan untuk hidup bahagia seperti manusia biasa!” - Particle “Sekurang-kurangnya, aku tak perlu mengulangi dosa lama!” - Amri “Kamu tak boleh lari daripada kematian!” - King

Avg Rating
4.31
Number of Ratings
65
5 STARS
58%
4 STARS
20%
3 STARS
17%
2 STARS
3%
1 STARS
2%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved