Margins
Syakira Gadis Kentang book cover
Syakira Gadis Kentang
2023
First Published
4.42
Average Rating
288
Number of Pages

“Saya ibarat halimunan.” Syakira seorang gadis buta warna yang terlalu biasa kehidupannya. Tiada yang menarik hendak diceritakan kepada orang. Dia juga tidak punyai bakat, tidak punyai personaliti yang menonjol, malah muka pun nampak comot dan tampak biasa-biasa. Sesuailah dengan gelaran gadis kentang. Sudah tentu Syakira ingin keluar daripada kehidupannya yang membosankan ini. Setidaknya sebelum tamat sekolah, ada sesuatu yang dapat dia tinggalkan buat rakan-rakannya. Satu kenangan yang dapat diingati selamanya. Tapi persoalannya bagaimana? Sehinggalah satu kejadian aneh terjadi. Seorang gadis bernama Qasidah yang tidak wujud, tidak mampu dilihat oleh Syakira, menjadi sebutan rakan-rakan. Dalam realiti Syakira, kewujudan Qasidah ibarat warna merah jambu. Warna yang tidak mungkin dapat dilihatnya sebagai orang buta warna. Warna yang tidak wujud.

Avg Rating
4.42
Number of Ratings
19
5 STARS
58%
4 STARS
32%
3 STARS
5%
2 STARS
5%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Iqbal Rafiuddin
Iqbal Rafiuddin
Author · 11 books
Iqbal Rafiuddin merupakan penulis pelbagai genre. Pernah menulis untuk Terfaktab, Bukupojok, MagicBean (Gempakstarz), Fixi dan Menara Seni.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved