
"Daripada seorang calon guru kepada bakal jururawat, cukup meyakinkan saya bahawa kesemua 16 penulis ini adalah prodigi dunia sastera yang menawarkan kebaharuan dalam dunia sastera tanah air. Nah, saya serahkan naskhah ELEGAN ini untuk dihakimi. Jangan salahkan saya sekiranya sudah ada yang terluka oleh libasan penanya." ~ Fahd Razy, Pengasas Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) Mengumpulkan 64 buah puisi hasil karya 16 orang penulis muda yang sedang membina tapak dan meningkat naik dalam persada sastera di Malaysia.