
“Dan, mung gi dapur ambik garam nga lado hitam,” arah Lebai Kosim. Shahidan angguk dan mula melangkah ke arah langsir namun langkahnya terhenti tiba-tiba. Diam dia di situ. “Hoh, sebab apo, Dan?” tanya ayahnya kehairanan. “Hmm... Ado lagi ni, ayoh. Ado lagi.” “Gapo? Mano?” “Ado lagi ni duk dapur,” kata Shahidan yang tegak berdiri di depan langsir. “Ai, kito tak boleh masuk ni. Tak boleh. Bahayo.” “Banyok ko, Dan?” Shahidan diam sebentar. Dia kedengaran merengus. “Mung nok gapo?” Suaranya lain macam, tidak menjawab soalan ayahnya tetapi kini bercakap dengan langsir. Di belakang sana, dalam gelap, aku masih merasai kehadiran ‘sesuatu’ itu. * * * Siapa sangka Sungai Kelantan menyimpan banyak rahsia. Termasuklah rahsia yang tidak sengaja aku bongkar pada satu petang, semasa pergi memancing dengan kawan baikku, Mat Toya dan Pok Jik.
Author

Khairi Mohd seorang penulis fantasy thriller yang pernah menulis untuk Buku Fixi dan Jemari Seni. Beliau peminat tegar Dan Brown selain Muse, Ed Sheeran dan Projector Band. Khairi Mohd, terkini, aktif dalam proses menerbitkan sendiri buku beliau di bawah syarikat AntiGraviti Publishing. Cerita beliau boleh diikuti di khairi-mohd.blogspot.com, just a santai reading after you put down your book. Antara buku yang ditulis Khairi Mohd: - Bintang-bintang ke syurga (2009) terbitan Jemari Seni - Yuda di padang maya (2010) terbitan Jemari Seni - Adamaryam (2011) terbitan Jemari Seni - semua karya di atas menggunakan pseudonym Xarine. - Kasyaf (2013) terbitan Buku Fixi