Margins
Terasing book cover
Terasing
2009
First Published
4.19
Average Rating
313
Number of Pages

11 tahun terpisah dengan sahabatnya yang bernama Zaman, Saifullah bermimpi akan janji mereka berdua sebelum berpisah. Janji yang tidak pernah dilupakannya, dan saban hari diingati. Namun mimpi itu datang berkali-kali seakan menyatakan bahawa dia belum menunaikan amanahnya. Satu hari, Zaman kembali secara tiba-tiba. Saifullah amat gembira. Tetapi, bukan hanya kebahagiaan sahaja yang ada di dalam dunia ini. Tanpa disangka-sangka satu percubaan membunuh telah dilakukan ke atas Saifullah. Hal ini mengheret dirinya ke kancah jenayah kongsi gelap. Hairan kerana merasakan diri Saifullah tiada kaitan, Amiri, abang ipar Saifullah bergerak melakukan siasatan. Rupa-rupanya, keterasingan dalam kehidupan seorang insan, mengheret manusia-manusia yang berhubungan dengannya ke arah kegelapan. Ukhwah, cinta, kasih sayang, prinsip, matlamat, segalanya teruji dengan keterasingan ini. Bagaimana Saifullah melaluinya?

Avg Rating
4.19
Number of Ratings
279
5 STARS
48%
4 STARS
29%
3 STARS
17%
2 STARS
5%
1 STARS
1%
goodreads

Author

Hilal Asyraf
Hilal Asyraf
Author · 39 books

MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin. Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya. Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved