“Pencapaian Dato’ Dr. Anwar Ridhwan dalam bidang novel, cerpen dan skrip drama amat mengkagumkan. Oleh sebab beliau terkenal dalam bidang prosa, para pembicara sastera seakan-akan mengabaikan karya beliau dalam genre puisi. Buku ini membuktikan bahawa puisi hasil karya Anwar Ridhwan juga berada di baris hadapan. Bahasanya kemas, fikirannya mencabar malah beliau amat imaginatif, memenuhi sifat seorang seniman yang hebat” — Prof. Rahman Shaari.