
Berumur 30-an, Wasim hidup sederhana bersama keluarganya di Kuala Lumpur, menyara hidup dengan perniagaan kecil di dalam talian bersama pendapatan cukup-cukup makan. Anti-sosial, ketagihan rokok dan tidak menjaga solat, Wasim tidak betah bergaul dengan orang ramai, dan kehidupannya juga terumbang-ambing dengan tekanan ekonomi serta jauh dari kepatuhan kepada Tuhan. Tanpa diduga, Wasim mendapat jemputan untuk bertamu di Tanah Suci selama 50 hari bagi urusan menunaikan Haji. Kosnya pula sudah ada yang mahu menanggung! Mengenali dirinya, Wasim sendiri mempersoalkan, apakah dia layak menjadi tetamu Tuhan? Mampukah dia bertamu di Tanah Suci dengan baik selama 50 hari, dengan keadaan dirinya yang sedemikian rupa?
Author

MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin. Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya. Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.