
Kenapa Fizah nyaris tertinggal flight? Bagaimana orang melintas jalan raya menjadi tontonan yang mengasyikkan? Kenapa kami berlari-lari di Terminal Bas Shinjuku? Apa keistimewaan berbasikal di Kawaguchiko? Kenapa Yati muntah di The Wizarding World of Harry Potter? Siapa di belakang Lean dan Yati semasa pementasan Sadako di USJ? Macam mana pakai tudung? Pertanyaan dari orang Kobe Siapa Hideyoshi Toyotomi dan kaitannya dengan Osaka? Kenapa kami mencuba kimono di Arashiyama? Nak jadi diva ke? Kenapa pelancong hendak bergambar di papan tanda Glico Running Man? Betul ke ada geisha di sini? Tak bahaya ke pegang rusa di Nara Park? Adakah persoalan di atas akan terjawab apabila anda membaca Tokyo dan Osaka dalam 8 hari? Mungkin ya, mungkin tidak. Bacalah buku ini untuk tahu sama ada anda akan mendapat jawapan atau sebaliknya.
