Margins
Tragedi Ulek Mayang book cover
Tragedi Ulek Mayang
2025
First Published
4.50
Average Rating
452
Number of Pages

PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur gempar apabila ramai penonton persembahan seni kebudayaan dan tarian kerasukan serta histeria! Semuanya gara-gara persembahan tarian dan pementasan Ulek Mayang dengan menggunakan mayang kelapa serta alunan lagu yang dikatakan berhantu itu. Sewaktu kejadian, penulis novel seram, Seth Danish yang turut ada di tempat kejadian terpanggil untuk mengkaji dan mencari punca kenapa lagu Ulek Mayang menjadi lagu yang paling berhantu sekiranya dimainkan. Suatu malam, Seth Danish telah menerima panggilan misteri yang disangka rakannya, menyuruhnya agar pergi ke Pulau Kapas, Terengganu. Ini kerana di sana ada seseorang yang tahu cerita serta asal usul tujuh puteri yang sebenarnya dan mampu membantu Seth Danish dalam membongkar rahsia sebenar Ulek Mayang. Ketika di Pulau Kapas itulah, Seth Danish telah melalui pelbagai perkara mistik dan pelik setelah menemui lelaki tua yang aneh. Ini termasuklah mengembara ke dunia astral dan tanpa sedar, dia telah kembali ke zaman yang pada waktu itu, manusia masih berkiblatkan semangat animisme dan menyembah dewa dewi. Seth Danish akhirnya telah menjadi saksi kisah legenda Ulek Mayang dan bagaimana ia bermula. Namun, adakah Seth Danish dapat kembali ke dunia asalnya dan berkongsi sejarah tujuh puteri serta Ulek Mayang kepada umum atau Seth Danish mungkin kekal pada zaman kelahiran Ulek Mayang itu buat selama-lamanya?

Avg Rating
4.50
Number of Ratings
14
5 STARS
64%
4 STARS
29%
3 STARS
0%
2 STARS
7%
1 STARS
0%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved