
ISI KANDUNGAN Apa kata mereka Prakata Kesyukuran CatatanPengarang PROLOG Bab 1 Tawaran universiti Bab 2 Sedap hingga menjilat jari Bab 3 Majlis perpisahan Bab 4 Bermalam di biara Bab 5 Sister Mary Bab 6 Misteri biara Bab 7 Hantu kubur Bab 8 Bersama Mak Wa Bab 9 Bermula di sini Bab 10 Ikan besar Bab 11 Di tinggalkan Bab 12 Dunia baru Bab 13 Sekotak rokok Bab 14 Abang Lu’E Bab 15 Terpesona Bab 16 Biasiswa Bab 17 Maklumat peribadi Bab 18 Berdebat Bab 19 Riadah Bab 20 Musang berbulu ayam Bab 21 Ia berakhir Bab 22 Histeria Bab 23 Puteri Ulek Mayang Bab 24 Pulang Bab 25 Pertemuan pertama Bab 26 Segalanya pertama kali Bab 27 Cerita orang Bab 28 Hidung tidak mancung Bab 29 Kakak angkat Bab 30 Keropok lekor Bab 31 Keropok lekor RM1 Bab 32 Gubahan sayur Bab 33 Pasar Dungun Bab 34 Merak kayangan Bab 35 Istiharah Bab 36 Tunggu sekejap Bab 37 Ada apa pada nama Bab 38 Nota bagi diri Bab 39 Abang angkat SINOPSIS "Esok, saya tidak pasti apa yang bakal saya lalui. Esok terlampau panjang. Sejam daripada saat ini tidak jelas dan nyata, apatah lagi bagi memikirkan hari esok". "Jika sampai masanya dipanggil pulang, entah sempatkah saya berlari pulang ke pangkuan mereka yang tersayang. Mampukah saya memohon keampunan dan mengucapkan selamat tinggal..." Penulis menyingkap dan mentafsir makna kehidupan yang dilaluinya dari sudut ketuhanan. Bagaimanakah seharusnya kita memaknai dan mengisi kehidupan ini untuk memberi saham besar ketika menuju ke destinasi abadi? Sudahkah kita mengharungi kehidupan ini mengikut landasan yang benar dan betul? Atau kita banyak dikuasai dan dipengaruhi oleh nafsu dan emosi melulu, bukannya akal sihat, sesuai dengan ajaran-Nya?
Author

Roza Roslan atau nama sebenar beliau Raudzah Roslan adalah mantan pensyarah di Universiti Teknologi MARA. Beliau kini bertugas di Universiti Taibah, Madinah. Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Jementah, Segamat, Johor. Beliau berkelulusan Diploma Perbankan UiTM Terengganu, BBA (Hons) Pengurusan Sumber Manusia UiTM Shah Alam dan seterusnya M.A Pentadbiran Bisnes di universiti yang sama. Beliau juga adalah isteri kepada penulis bestseller Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Kisah beliau banyak termuat di dalam karya suaminya yang banyak menceritakan pengorbanan dan sokongan beliau dalam menjalani hidup beragama.