
Part of Series
Muiz dan sepupunya, Safwan, terbang ke negara Amerika Syarikat bagi meraikan majlis graduasi kakak Muiz iaitu Ayu. Selepas majlis berkenaan… pelbagai destinasi menarik telah dirancang bagi mengisi percutian mereka. Di Washington, sesuatu telah terjadi sehingga membantutkan percutian yang sepatutnya indah. Malah, mereka juga terpaksa bermalam di bandar itu kerana masing-masing sudah keletihan. Tanpa disedari, hotel yang mereka pilih untuk bermalam itu rupa-rupanya mempunyai cerita misterinya yang tersendiri. Satu per satu perkara aneh berlaku apabila jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Piano berbunyi sendiri, kanak-kanak perempuan menunggu di koridor pejalan kaki. Sebuah bilik misteri yang separuh terbuka pintunya turut membuatkan sesiapa pun ingin tahu isinya… lalu bertemu perkara-perkara mistik yang tidak terjangkau dek akal! Siapa kata hantu puaka hanya ada di bumi Malaysia? Siapa kata di Amerika tiada tempat keras lagi seramnya? Apapun… kisah ini adalah sebuah travelog ke Amerika yang sangat membantu pembaca muda mengetahui lebih mendalam tentang ilmu-ilmu geografi dan kebudayaan negara barat. Ia menyuntik rasa mahu mengembara, mengutip pengalaman berharga menjelajah bumi ciptaan Tuhan Maha Kuasa.
Author

Ridzuan Mohd Ghazali Penulis Blink, Buku Puris, Galeri Ilmu, DBP, Buku Prima, Telaga Biru, Bebas Press, KataPilar. Penceramah Bengkel Penulisan Kreatif dan Taklimat Kecemerlangan Remaja. Penulis skrip. Graduan Temple University, Philadelphia, PA, Amerika Syarikat, Jurusan Sains Aktuari Buku : - Melodi Hati. (2009) - Hazim, Aizat & Muzik (2011) - Brrr ... Sejuknya Salji (2012) - Diari Untuk Ibu (2013) - Goodbye New York (2013) - Philly, Aku Culture Shocked (2014) - Suara Tanpa Bahasa (2015) - Memotret Kenangan (2015) - Hologram (2017) - Magna Sayap Hitam (2018) - Adrian Penulis Superstar (2019) - Budak Quran Digital (2019) - Danish Penulis Megastar (2019) - Marysa Penulis Hijabistar (2019) - Somniphobia Sumpahan Syaitan (2019) - Kitab Budak Praktikal (2019) - Misteri Video Viral (2019) - Travelog Seram Washington (2020) - Travelog Tragis New York (2020) - Komik Hologram (2020) - Permainan Gelap Truth or Dare (2022) Single : 1)Itulah Impian Ku (duet Wan Shah) 2)Sedingin Salju
