Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Travelog
Travelog
Series · 2 books · 2020
By
Iwan Reaz
Books in series
#1
Travelog Seram Washington
2020
Muiz dan sepupunya, Safwan, terbang ke negara Amerika Syarikat bagi meraikan majlis graduasi kakak Muiz iaitu Ayu. Selepas majlis berkenaan… pelbagai destinasi menarik telah dirancang bagi mengisi percutian mereka. Di Washington, sesuatu telah terjadi sehingga membantutkan percutian yang sepatutnya indah. Malah, mereka juga terpaksa bermalam di bandar itu kerana masing-masing sudah keletihan. Tanpa disedari, hotel yang mereka pilih untuk bermalam itu rupa-rupanya mempunyai cerita misterinya yang tersendiri. Satu per satu perkara aneh berlaku apabila jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Piano berbunyi sendiri, kanak-kanak perempuan menunggu di koridor pejalan kaki. Sebuah bilik misteri yang separuh terbuka pintunya turut membuatkan sesiapa pun ingin tahu isinya… lalu bertemu perkara-perkara mistik yang tidak terjangkau dek akal! Siapa kata hantu puaka hanya ada di bumi Malaysia? Siapa kata di Amerika tiada tempat keras lagi seramnya? Apapun… kisah ini adalah sebuah travelog ke Amerika yang sangat membantu pembaca muda mengetahui lebih mendalam tentang ilmu-ilmu geografi dan kebudayaan negara barat. Ia menyuntik rasa mahu mengembara, mengutip pengalaman berharga menjelajah bumi ciptaan Tuhan Maha Kuasa.
#2
Travelog Tragis New York
2020
Muiz, Ayu dan sepupu mereka, Safwan, sedang berada dalam misi pengembaraan di bumi Amerika Syarikat. Mereka melawat banyak destinasi menarik serta mempelajari budaya masyarakat setempat. New York menjadi bandar terakhir dalam pengembaraan mereka. Kemodenan dan kemeriahan bandar itu benar-benar mengagumkan mereka. Namun… sejarah ancaman pengganas yang pernah beberapa kali menggemparkan New York, bakal menjadi mimpi buruk buat mereka apabila Muiz menemui satu objek aneh di stesen kereta api bawah tanah. Ia benar-benar mendebarkan kerana mungkin itu bom yang boleh meledak pada bila-bila masa! Paling berharga, buku ini sarat informasi tentang info geografi bumi Amerika. Moga pembaca yang membaca rasa terinspirasi mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara dan dapat pelbagai pengalaman berharga.
Author
Iwan Reaz
Author · 6 books