
Dongeng Sleeping Beauty adalah kisah tentang seorang wanita. Bagaimana pula jika yang tertidur itu adalah lelaki? Asmara, gadis berusia 29 tahun yang bekerja sebagai seorang pembantu klinik. Kisah ini bermula apabila Asmara menggantikan teman baiknya, Dewi untuk menjaga seorang pesakit yang terlantar koma di sebuah rumah agam. “Kau tolong aku jaga sehari saja. Please? Aku ada hal penting.” – Dewi “Aku bukan tahu sangat pasal pesakit koma ni.” – Asmara “Jangan risau. Kerja kau hanya tolong bersihkan badan dia dan urut sikit-sikit.” – Dewi Asmara bersetuju. Dia melangkah ke arah rumah agam yang tersergam indah di tengah kota. Penghuninya hanya ada tiga orang. Seorang pembantu rumah wanita separuh abad, seorang pemandu lelaki awal 40 an dan pemilik rumah, lelaki yang sedang koma itu. “Tuan Ben tak suka bunyi bising. Jadi, buat kerja secara senyap.” – Pembantu rumah Saat kakinya melangkah ke kamar itu, Asmara terpaku. Seorang lelaki berambut panjang, berjambang tebal sedang beradu lena di atas katil. “Dah berapa lama dia koma?” – Asmara “Enam bulan.” – Pembantu rumah Tugas sehari itu dijalankan penuh berhati-hati. Saat Asmara sedang mengelap badan Tuan Ben, dia jatuh terhempap ke atas badan lelaki itu. Dan… tanpa dia sedar perlakuan itulah yang membuatkan Tuan Ben sedar daripada tidur panjangnya. “Siapa yang jaga aku semalam?” – Tuan Ben “Err…” – Pemandu “Aku nak jumpa dia. By hook or by crook. Bawa dia jumpa aku!” – Tuan Ben Misi mencari Asmara bermula. Saat pencarian bertemu hasilnya, Asmara dibawa ke rumah agam tersebut. “Kau yang jaga aku?” – Tuan Ben “Saya jaga sehari saja.” – Asmara “Mulai hari ini aku nak kau yang jaga aku.” – Tuan Ben Asmara terngadah. Tiada angin tiada ribut dia diminta tinggal di rumah agam itu bersama Tuan Ben. Apa sebenarnya yang Tuan Ben mahu? Bagaimana kisah dua jiwa yang berbeza personaliti ini membuahkan hasil? Dan… siapa sebenarnya Tuan Ben?