
Kemalangan yang menimpa kedua mama dan bapa tiri Nisa meninggalkan dia sendirian menjalani kehidupan seharian. Hura-hara kehidupannya. Malang yang menimpanya bertalu-talu. Hilang kerja, dikhianati kekasih hati. Lebih perit, kekasih berpaling kepada sahabat baiknya sendiri. Malah, dia dihalau tanpa belas oleh teman serumah. "Apa semua ni Hadi, Jiya?" - Nisa. Tanpa Nisa sedar. Isaac Duncan, anak kepada bapa tirinya sentiasa memerhati dalam diam. "Let's get married, Nisha. Kita tunaikan hajat mama and daddy." - Isaac "Tapi saya ni tak layak untuk awak, Isaac." - Nisa "I yang menentukan you layak ke tak untuk jadi isteri I. Bukan you." - Isaac. Terdesak, Nisa terima juga Isaac menjadi suaminya. Tapi atas satu permintaan Isaac, Nisa jadi keliru. Apatah lagi tiba-tiba ditakdirkan mereka berkerja di bawah satu bumbung yang sama. "Do me a favour, honey. Tolong jangan beritahu sesiapa that I am your husband. Let it be a secret for now." - Isaac. Jadi, bagaimana Nisa menjalani hidupnya di sisi Isaac yang manis tapi mahu merahsiakan hubungan mereka? Atas dasar apa Isaac tidak mahu memaklumkan hubungan mereka kepada sesiapa?