Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
TwinX
TwinX
Series · 2 books · 2008-2010
By
Pac .
Books in series
#1
TwinX #1
2008
Pada abad ke-23, ketidakseimbangan ekosistem global di planet bumi menyebabkan manusia berhijrah mencari tempat perlindungan di sistem suria. Bulan dan planet marikh menjadi tempat tinggal baru bagi jutaan manusia. Di ruang angkasa antara bumi dan marikh terdapat sebuah kawasan yang dinamakan ACS (Agricultural Colony Settlement). Di situ manusia bercucuk tanam untuk menghasilkan sumber makanan dengan bantuan alat-alat berteknologi tinggi. Pada tahun 2250, Aizam, pemuda yang berasal dari salah satu ACS dikehendaki 'turun' ke bumi untuk menerima wasiat misteri daripada datuk moyangnya. Wasiat misteri itu bakal mengubah nasib dan masa depan Aizam. Dalam perjalanan pulang dari bumi, ACS Aizam diserang musuh yang tidak dikenal pasti. Kerana bimbangkan keselamatan keluarga dan kekasih, Aizam nekad meninggalkan pesawat yang dinaikinya untuk menyelamatkan mereka. Inilah masanya bagi Aizam menggunakan pemberian misteri datuk moyangnya. Mampukah Aizam menyelamatkan ACSnya daripada serangan musuh? Ikuti kisahnya dalam komik ini.
#3
TwinX #3
2010
Pertempuran antara Aizam dan Joshua masih berlanjutan. Semakin lama mereka bertarung, semakin banyak rahsia dan misteri yang terbongkar. Siapakah Joshua sebenarnya? Kekalutan yang berlaku memaksa campur tangan daripada Tentera Diraja Malaysia. Pelbagai armada dan artileri dikerahkan menghapuskan mereka. Dapatkah mereka menyelamatkan diri? Pertarungan yang berlaku terlalu lama mengakibatkan Aizam keracunan medan magnetik. Bagaimanakah nasib Aizam seterusnya?
Author
Pac .
Author · 4 books