Margins
Ultra Qalif book cover 1
Ultra Qalif book cover 2
Ultra Qalif book cover 3
Ultra Qalif
Series · 8 books · 2010-2018

Books in series

Ultra Qalif #1 book cover
#1

Ultra Qalif #1

Budak Biasa dengan Kuasa Luar Biasa

2010

\`\`Setiap insan ada kelebihan tersendiri. Allah itu Maha Adil kepada hamba-hambaNya.'' \`\`Apa kelebihan Qalif Tok?'' \`\`Orang yang dilahirkan demi menjadi pendekar. Qalif sangat memahami seni silat ini. Setiap jurus dan gerak dapat Qalif jiwai dan kuasai dengan baik. Baru dua tahun Atok melatih Qalif, tetapi pencapaian Qalif sudah seperti orang yang menuntut selama sepuluh tahun.'' \`\`Dahulu Atok ada rakan seperguruan yang mempunyai kelebihan serupa ini. Tetapi kami sudah terputus hubungan. Atuk dapat rasakan ada sesuatu yang besar bakal berlaku dalam hidup Qalif suatu hari nanti.'' \`\`Betulkah Qalif sehebat itu Tok?'' Bacalah komik ini.
Ultra Qalif #2 book cover
#2

Ultra Qalif #2

Adiwira Muda Beraksi Lagi!

2010

Qalif dalam bahaya! Topeng sakti yang disangkakannya mampu mengubah hidupnya menjadi lebih baik, rupar-rupanya lebih banyak menimbulkan masalah. Dia diburu dua penjahat yang kuat dan kejam! Apa yang mereka mahu daripada Qalif? Pada masa sama, perasaan Qalif menjadi tidak menentu sebaik sahaja melihat Aishah di bandar. Mengapa jadi begitu? Mampukah budak lembik seperti Qalif menghadapi semua ini?
Ultra Qalif #3 book cover
#3

Ultra Qalif #3

Pertembungan 3 Jaguh

2011

Qalif dinasihatkan tidak mengaktifkan topeng sakti supaya dia tidak dibunuh. Namun, Qalif melanggar arahan itu. Dia terpaksa mengaktifkan topeng sakti demi menyelamatkan Atuk Abah. Persoalannya, adakah pengorbanan Qalif itu berbaloi? Pendekar manakah yang membuatkan Qalif terpaksa mengaktifkan topeng sakti? Bagaimana pula nasib Qalif selepas itu?
Ultra Qalif #4 book cover
#4

Ultra Qalif #4

Kuasa Baru

2012

Ultra Qalif sedar dirinya dalam bahaya sebab mengaktifkan kuasa topengnya. Malah, keaktifan topeng itu makin kuat daripada sebelumnya. Walau pun begitu, Qalif masih mengabaikan keselamatannya dan tetap memakai topeng itu bagi menentang Tuan Mus. Apakah kesannya terhadap Qalif? Adakah risiko yang Qaif tanggung itu berbaloi dan mmapu mengatasi kemaraan Tuan Mus? Lebih dahsyat daripada itu, apakah reaksi Dai terhadap tindakan Qalif?
Ultra Qalif #6 book cover
#6

Ultra Qalif #6

Pasukan Adiwaja

2014

Semakin banyak rahsia yang dirungkaikan, semakin banyak persoalan yang perlu diselesaikan. Apakah misteri di sebalik kuasa aneh yang dimiliki oleh Jebat? Siapakah mereka yang digelar skuad istimewa Pasukan Adiwaja? Bagaimana atuk abah mengenali ayah Dai sejak sekian lama? Mampukah Qalif bertahan tidak mengaktifkan kuasa kuara, meskipun apabila berhadapan situasi getir yang mengancam nyawa insan-insan yang dikasihinya?
Ultra Qalif #7 book cover
#7

Ultra Qalif #7

Pahlawan Abuja

2016

Pahlawan Abuja yang memburu Kuara semakin hampir menjejakinya di bumi. Justeru, Qalif masih perlu menahan dirinya daripada mengaktifkan Kuara meskipun kekejaman dan jenayah berkali-kali berlaku di depan matanya sendiri. Namun, sampai bilakah Qalif dapat mengelak dan berdiam diri sahaja? Adakah kuasa Kuara akan terletus juga pada saat-saat genting nanti?
Ultra Qalif #9 book cover
#9

Ultra Qalif #9

Perisai Aura

2018

Kehandalan jaguh planet Abuja benar-benar di luar jangkaan. Setelah ditumpaskan berkali-kali, Qalif tiada pilihan lain lagi selain menggunakan jalan terakhir demi melindungi Kuara, Dai, Jebat, dan Atuk Abah. Namun, pilihan terakhir ini bererti Qalif perlu mengambil risiko yang dia berkemungkinan akan… mati!
Ultra Qalif #10 book cover
#10

Ultra Qalif #10

Hentakan Matraxa

2018

Akibat peningkatan mendadak kuasa Ultra Qalif, Gorx semakin terdesak. Lantas, dia mengambil keputusan untuk menggunakan sebuah senjata larangan yang diperbuat daripada serpihan batu angkasa yang dinamakan Matraxa. Mengeluarkan senjata keramat itu bermakna menjemput maut. Adakah ini akan menjadi pertarungan terakhir Ultra Qalif?

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved