Margins
Ultra Qalif x Pendekar Tangan Gorila book cover
Ultra Qalif x Pendekar Tangan Gorila
Reja, Huzza, Afiqsanukis, and more
2021
First Published
3.71
Average Rating
128
Number of Pages

Antologi di luar kebiasaan Komik-M, ULTRA QALIF bertembung dengan watak misteri, PENDEKAR TANGAN GORILA! Komik ini menghimpunkan karya-karya daripada artis komik seperti berikut: AFIQSANUKIS - Misi Mustahak BOPHAIRY - Pusaran CID - Semilir Petang HAFIZ ISMAIL - Mawar Hitam HUZZA - UQ x PTG x JN PAKNGAH ALIPZ - Legenda Sakti REJA - Hancur Lebur SHAH RULEZ - Pendekar Tangan Gorila

Avg Rating
3.71
Number of Ratings
7
5 STARS
14%
4 STARS
43%
3 STARS
43%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Reja
Reja
Author · 5 books
Reja, bukan satu nama yang asing bagi peminat Komik-M. Beliau mula berkecimpung dalam bidang komik secara serius pada tahun 2008 apabila terbitnya komik sulung beliau berjudul Shootz! bersama Komik-M. Semenjak itu, graduan ijazah Universiti Kebangsaan Malaysia ini tidak menoleh ke belakang lagi. Selain meneruskan penghasilan siri komik Shootz!, beliau turut menghasilkan siri nomik (novel + komik) yang popular iaitu Young Aisyah. Siri ini dilesen dan diterbitkan di negara jiran, Indonesia. Menerusi karya-karyanya ini, Reja pernah beberapa kali disenaraikan sebagai finalis dalam Anugerah PeKomik Malaysia. Kini, Reja menjadi pelukis komik sepenuh masa di samping aktif mengendalikan bengkel melukis komik anjuran Komik-M di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Hafiz Ismail
Hafiz Ismail
Author · 2 books

Nama sebenar seperti yang tertera pada kad pengenalan adalah Hafizuddin Bin Ismail. Kini bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat percetakan. Pernah berkarya di majalah komik Blues Selamanya terbitan MOY Publications sebagai pelukis sambilan selama hampir dua tahun (2006-2007) dengan nama pena Blur. Kemudian berhenti melukis komik selama hampir lapan tahun dan kembali berkarya semula sekitar tahun 2015 dengan nama pena baru seperti Al-Hafiz dan Hiroshikee. Antara pencapaian beliau adalah seperti berikut: - Juara Cabaran Komik Online Malaysia 2015 - Juara Bakat Komik Seram Malaysia 2016 - Saguhati Cabaran Komik Online Malaysia 2016 - Saguhati Cabaran Komik Online Malaysia 2017 - Juara Cabaran Komik Online Malaysia 2018 Di samping itu, beliau turut menyumbang beberapa komik pendek sebagai artis jemputan dalam antologi komik terbitan Komik-M seperti: - PENDEK dalam antologi AKU, KAU & BADMINTON - MISTERI OMAR dalam antologi AKU, KAU & ROBOT #2: MECHA - TOLONG BASUH BAJU dalam antologi AKU, KAU & HANTU #3: ASRAMA - TAHAP PERTAMA dalam antologi AKU, KAU & GAMES - TERLALU ISTIMEWA dalam antologi AKU, KAU & MALAYSIA #2: BARISAN HADAPAN (FRONTLINERS) WIRA KERA adalah komik solo beliau yang pertama di Komik-M. Untuk mengikuti perkembangan karya beliau, ikuti beliau di Facebook: Hafizuddin Ismail

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Ultra Qalif x Pendekar Tangan Gorila