
Ulu Yam di Liverpool 3 merupakan karya terakhir Allahyarham Nazali Noor di persada penulisan. Inilah karya beliau setelah tiga tahun menyepi. Menyepi bukan kerana tidak mahu lagi menulis. Beliau masih menulis namun akibat kekangan kesihatan yang tidak menentu membantutkan usahanya menghabiskan karya ini. Karyanya dihantar kepada pihak editor beberapa minggu sebelum Allayarham pergi ke dunia fananya. Kami sebulat suara ilhamkannya tanpa disunting sebagai tanda solidariti. . Ulu Yam di Liverpool 3 begitu isitmewa kerana naskhah ini merupakan penghormatan terakhir daripada seorang suami yang telah pergi buat selama-lamanya untuk isteri yang ditingalkan. Naskhah terakhir daripadanya sebagai lambang cinta terhadap sang isteri, Ainon Abdullah yang dikahwininya hampir 24 tahun. Pengorbanan dan kasih sayang Ainon yang mesra dipanggil Ain begitu mendalam. . Sesungguhnya Allahyarham Nazali Noor sangat menyayangi Syurga bidadarinya ini. Hari demi hari, Ain sentiasa berada di depan mata sehinggalah nafas terakhirnya. Coretannya begitu bersahaja dan mencuit hati...segala-galanya tentang Ain. Barulah kita tahu bahawa isteri merupakan pelengkap hidup dalam keluarga. Bacalah...semoga kita saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain dalam hidup berumah tangga.