Bayi lahir, keluar dari tembuni rahim, memikul satu tujuan. Amanah Allah perlu dipatuhi, demi kebahagiaan hari muka. Kehidupan, umpama sebatang lebuhraya, walaupun rata tetapi petaka sedia menanti jika tidak berhati-hati. Kerana itulah, kaki yang melangkah perlu tahu bumi yang dipijak. Kelahiran bererti putih, suci dari dosa dan kita juga mewarnakannya. Diri kita, adalah rohani kita, tetap sendiri, memilih jalan hidup. Kita akan ditinggalkan mewarnai hidup dan kemudian beruzlah dunia fana.